Thursday, May 27, 2010

LEE DEWYZE IDOLA AMERIKA

Sekalung tahniah kepada pemenang American Idol musim ke 9.  Seperti dijangkakan, Lee Dewyze dari Chicago telah memenangi lebih ramai hati penduduk Amerika.  Beliau muncul sebagai Idola Amerika musim ini.
















Lihatlah beberapa wajah-wajah Lee Dewyze dalam mewarnai American Idol ke 9 ini.  Gambar pertama ialah semasa pusingan saringan di Chicago.  Kemudian wajah Lee semasa menjadi 12 finalis.  Dua gambar selanjutnya ialah wajahnya ketika mendengar komen dari Juri Penilai dan selepas melakukan persembahan mingguan.

Jelas wajahnya membayangkan seorang peserta yang penuh dengan harapan ikhlas.  Semoga Lee akan berjaya mewarnai dunia seni suara seperti mana idola terdahulu, terutamanya Carrie Underwood.

P.S. Minta maaf la .. tak pandai pula nak betulkan gambar tu!

Sunday, May 23, 2010

FINAL AF8 OK

Selama ini AF8 nampak hambar dan kurang menyengat.  Tetatpi semalam kita boleh tabik juga kepada Pengetuanya Norman KRU, seluruh anggota guru dan finalis.  Graduan-graduan AF8 menunjukkan mereka layak menjadi penyanyi.

Juara, Naib Juara Dan Pemenag Ketiga AF8

Syabas kepada finalis AF8 kerana menghiburkan.  Sekalung tahniah terutamanya kepada tiga pemenang utama iaitu Shahir - Juara AF8, Adira - Naib juara dan Daus sebagai pemenang ketiga.

Friday, May 21, 2010

FINALIS AMERICAN IDOL

American Idol memang kegemaranku sejak beberapa tahun, sejak Fantasia menjadi juara.  Rasanya itu tahun ketiga.  Sekarang dah musim kesembilan.  Lama program bertahan kerana ia memang menarik minat ramai orang.  Ia bukan saja popular di Amerika, tapi orang bukan Amerika seluruh dunia pun gemar pertandingan ini.

Hari ini diumumkan dua finalis untuk American Idol musim ke 9 ini.  Mereka ialah Lee Dewyze dan Crystal Boursox.  Lee Dewyze adalah pilihanku.




Lihatlah rupa Lee Dewyze seperti gambar dari website American Idol ini.  Wajahnya melambangkan seorang yang berperwatakan baik dan jujur.  Latar belakangnya adalah dari golongan bawahan.  Tetapi beliau juga merupakan seorang yang berbudi tinggi.

Segala ciri-ciri itu jelas terserlah sepanjang masa dari seawal pusingan saringan awal American Idol ke 9 ini lagi.  Apabila  diumumkan sebagai finalis tadi, beliau nampak ikhlas bersyukur dan gembira.

Saya mendoakan semoga beliau akan menjadi juara sebagai American Idol musim ini pada  acara kemuncak final di minggu hadapan.

Wednesday, May 19, 2010

GELORA DUNIA ARTIS

Saban hari saban minggu, mesti ada berita tentang pergolakan hidup dalam dunia artis.  Minggu ini saya ikut tertarik untuk memperkatakan tentang berita artis ini.

Anne Ngasri

Dalam usia semuda 26 tahun, Anne Ngasri sedang berhadapan dengan kemelut rumahtangga.  Suaminya Abdul Wafi, 29 tahun, telah didakwa melafazkan cerai pada 25 Mac lalu, pukul 11.20 pagi di rumah mereka dengan lafaz "Aku ceraikan kau Anne" pada ketika Anne sedang mengandung dua bulan.  Sebelum ini, beliau juga pernah melafazkan cerai dua kali, bagaimanapun tidak di failkan di mahkamah.

Anne telah mendirikan rumah tangga bersama Abdul Wafi pada 26 Mei 2006 pada usia 22 tahun.  Mereka telah pun dikurniakan dua cahaya mata.

Adakah masaalahnya kerana mereka berkahwin di umur terlalu muda, dan mereka tidak arif dalam rukun rumahtangga.  Adakah kursus pra-perkahwinan tidak berjaya memberi kesedaran tentang kewajipan dan tanggung-jawap sebagai suami isteri dalam Islam?

Kes kedua ini bukan saja melibatkan artis, tetapi juga melibatkan seorang wakil rakyat.  AP Datuk Bung Moktar dan isteri keduanya, Zizie Izette, telah didapati bersalah kerana berpoligami tanpa mendapat kebenaran dari Mahkamah Syariah dan Pendaftar Nikah Cerai.

AP Bung Moktar & Zizie Izette

Secara hukum syarak perkahwinan mereka sah.  Tetapi negara kita juga ada undang-undang agama Islam yang khusus bersabit perkara-perkara tata-cara dan prosidur tertentu.

Apa pendapat anda bila seorang yang terpilih untuk mewakili rakyat di Parlimen dalam mentadbir negara sesuai dengan peruntukan undang-undang, sewenangnya melanggar peraturan dan undang-undang?  Rendahnya mutu Wakil Rakyat kita!

Sunday, May 16, 2010

HARI GURU

Apa yang harus diperkatakan pada hari yang didedikasikan kepada warga guru seperti diriku ini?  Di sekolah pun tidak ada acara istimewa.  Sekadar doa selamat dan makan ringan yang dijadualkan untuk esok hari.

Mungkin sesuai untuk mengucapkan terima ksih kepada semua yang menghargai para guru.  Semoga kami warga guru lebih bersemangat untuk terus menabur bakti.

Saturday, May 15, 2010

BERAKHIR IMPIAN PIALA THOMAS

Sebenarnya hampir semua orang yang realistis sudah tahu, pasukan badminton kita tidak akan mendapat kejayaan yang diwarwarkan.  Satu demi satu petanda berlaku.  Tetapi ada suara Menteri dan beberapa kerat yang lain berkata disebaliknya.

Akhirnya semalam terbukti pasukan Malaysia tiada semangat yang kental dan persediaan yang cukup.  Jelas nampak pemain-pemain amat tertekan dengan beban tanggung-jawap yang diletakkan di bahu mereka.

Untuk kejohanan kali ini, impian sudah berakhir.  Tetapi begitu besar pelajaran yang boleh dipelajari jika pihak pengurusan, Menteri dan mereka yang berkaitan ingin belajar.

Wednesday, May 12, 2010

HARI IBU HARI-HARI

Mungkin ada orang akan kata saya tidak sensitif.  Tetapi saya mungkin antara sebilangan wanita-wanita lain yang mempunyai pandangan sendiri tentang isu berkaitan.

Saya dilahirkan dalam keluarga yang tidak pernah merayakan Hari Ibu.  Ibu hanya seorang suri rumah dan ibunya juga begitu.  Ramai rakan kawan pun tidak tahu tentang hari yang dikhaskan untuk mereka.  Jadi mereka tidak merasa mereka tidak dihargai hanya gara anak-anak tidak mengucapakan 'Selamat Hari Ibu' seperti generasi sekarang ini.

Kepada saya jika hanya satu hari sahaja anak-anak terpanggil untuk menghargai ibu-ibu, maka segalanya adalah tersasar.  Ibu terlalu penting dan relevan kerana bagi setiap anak-anak lelaki, kunci Syurga ada pada ibu mereka.  Jika mereka menghargai isteri melebihi ibu sendiri, perbuatan itu boleh membawa mereka ke Neraka.  Begitu juga jika isteri mahu suami memberikan perhatian lebih kepadanya dari kepada ibu suami, dia turut berdosa kerana telah membiarkan satu dosa besar berlaku.

Jadi saya lebih selesa bila setiap hari itu kita insaf tentang kewajipan terhadap ibu-ibu kita masing-masing.  Suami wajip mengasihi ibu mengatasi sayang kepada isteri; sementara isteri pula wajip mendukung supaya suaminya adalah seorang anak yang soleh.  Itu akan menjamin Syurga untuk semua.

Saturday, May 8, 2010

KENDURI! KENDURI!

Minggu ini saya ada beberapa jemputan kenduri yang semuanay tidak berapa jauh sangat dari rumah.  Tapi suami kata nak pergi tiga pada hari ini dan empat pada esok hari.

Salah seorang kawan pula minta tolong membantunya membuat hantaran.  Jadi sibuk jugalah seminggu ini.  Banyak masa dihabiskan di rumah kawan dan juga jiran yang seorang ini.

Tadi kami pergi menghadiri dua kenduri yang diadakan di rumah sahaja.  Pukul 10 lebih saja dah mengahala ke Kampung Baru.  Lepas tu singgah pula makan kenduri di Sungai Pencala.  Malam ini pulak ada satu majlis perkahwinan di Dewan Felda.

Sejak tahun lepas, kami hanya memberi sumbangan dalam bentuk wang tunai sahaja.  Jumlahnya bergantung di mana kenduri itu diadakan.  Nak beri banyak pun kita tak mampu juga, terutamanya jika kenduri bertembung seperti ini.

Sunday, May 2, 2010

LAUNCHING MY BLOG

I have been toying with the idea for quite a while.  Although I am not particularly thrilled, but I feel that blogging will help to pass time.  Very often when I come home after work, I find myself idling.  The children have all grown up and I have plenty of time.

There were quite a few things that I could not figure out what to do.  But I reckon I will learn these things as I go on.

So the only things that I have to decide were how to choose a template and decorate my blogging site so that it will be quite pleasing.  I chose pink because it is my favourite colour, and I thought the mosque would help remind me to be mindful of the fact blogging has to come after my duties and responsibilities.

Hope I will get a good circle of friends here.