Monday, August 23, 2010

TERAWIH SEMAKIN KURANG JEMAAH

 Nampaknya tahun ini orang tak begitu teruja dengan terawih.  Sejak bermula lagi saf-saf tak penuh.  Semakin sehari semakin kurang pulak.

Mungkin juga kerana imam Al Hafiz membaca satu juzuk setiap malam  Walaupun hanya 8 rakaat, setiap rakaat tu bacaannya panjang-panjang.  Memang terlentuk juga dibuatnya.

Thursday, August 19, 2010

SINETRON INDONESIA

Kira saya dah menjadi penonton setia siri sinetron Indonesia yang bertajuk 'Cahaya' di Astro Prima.  Kekadang membosankan, kekadang rasa macam bodoh.  Tetapi, saya terus tengok juga.  Anak-anak kata saya dah terkena jampi serapah sinetron Indon. :)

Bila fikir-fikir macam iya jugak saya terkena sampok.  Hari-hari berjam-jam juga saya duduk mengadap cerita-cerita Indonesia ini.  Petang nanti dalam sibuk-sibuk nak menyediakan juadah berbuka, sambil sibuk juga nak tengok siri cerita 'Cinta Kirana' pulak.  Tak puas tengok sambil-sambil tu, saya tengok pula ulang tayangnya selepas terawih.

Suami saya tak adalah komen apa-apa.  Sekadar sekali-sekali dia senyum dan giling-giling kepala!

Friday, August 13, 2010

TULUS MOHON KEREDHAAN ALLAH SWT

Semoga dibulan Ramdahan Al Mubaak yang mulia ini kita semua dapat mempertingkatkan iman.  Seseuai dengan seruan Allah SWT yang bermaksud seperti berikut:
" Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa." - Surah al-Baqarah, ayat 183.
Tujuan utama ialah supaya kita bertaqwa.  Jadi semoga bermula dengan bulan ini nanti tak adalah kelakuan yang tidak baik.  Semoga kita berhijrah menjadi insan mulia yang beriman dan sentiasa sujud memohon keredhaan Allah SWT.  Jika kita tulus dan ikhlas, insya Allah kita akan berada di dalam golongan orang-orang yang beriman.

Monday, August 9, 2010

SALAM RAMADHAN AL MUBARAK

Insya Allah kita akan menyambut bulan Ramadhan yang mulia sekali lagi dalam masa terdekat iaitu dalam sehari dua ini.  Sempena dengan bulan mulia ini saya ingin mengucapkan Salam Ramadhan Al Mubarak kepada rakan yang singgah membaca di sini.


Marilah kita sama-sama bertarbiah dan berjihad melawan hawa nafsu supaya kita mendapat kemenangan.  Semoga ibadah puasa kita tahun ini diterima sepenunhnya untuk mendapat sebaik ganjaran Allah SWT.

Ramai sudah tahu bahawa kita disarankan supaya menghidupkan acara majlis berbuka puasa.  Ini adalah selaras sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: 'Sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berpuasa iaitu menyediakan makanan berbuka puasa, maka dia memperolehi pahala sebagaimana orang yang berpuasa, dan tidak kurang sedikitpun pahala puasanya.'

Seperkara yang harus kita ingat ialah supaya jangan sesekali bersekongkol dengan mereka yang telah sudah sebati dengan syaitan.  Antara yang patut dielakkan ialah jauhi dari membeli juadah untuk berbuka dari tangan-tangan yang fasiq, tangan yang tidak mengerjakan sembahyang, dan tangan yang tidak takutkan Allah.

Tuesday, August 3, 2010

PERISTIWA MENAKUTKAN

Tiba-tiba saja kita dikejutkan dengan peristiwa yang tidak disangka-sangka.  Apa yang berlaku kepada bekas Adun Permatang  yang ditemui mati dengan kesan tembakan itu adalah satu peristiwa yang menakutkan.

Bekas Adun ini diberitakan ditemui mati bersama seorang wanita di dalam kenderaan mereka naiki di Sungai Buloh hari ini.  Mengikut Ketua Polis Selangor, siasatan awal polis mendapati terdapat kesan tembakan di kepala kedua-dua mangsa.

Kenyataan polis juga memberitahu bahawa mereka menemui sepucuk pistol di dalam kereta yang di naiki mangsa itu.  Tembakan kepada mangsa pula dikatakan dilepaskan dari bahagian dalam kenderaan berkenaan.

Tentulah pelbagai spekulasi dan andaian yang dibuat oleh orang ramai.  Tetapi biar apapun hasil siasatan itu, selain mangsa, hanya Allah SWT saja yang Maha Mengetahui segalanya.

Mengikut polis, wanita yang bersama dengan Adun itu ialah pembantu peribadinya.  Polis masih menjalankan siasatan lanjut berhubung punca kejadian.