Friday, September 24, 2010

ADA TAMU NAK DATANG RAYA

Semalam kita orang baru merancang nak pergi melihat kawasan Banting yang tiba-tiba menjadi terkenal kerana peristiwa ngeri tu.  Hari ini ada saudara telefon nak datang beraya dengan anak menantu serta cucu barunya.

Jadi dengan sendirinya terbatallah rancangan tu.  Kata suami saya agaknya itu petunjuk supaya tak payah pergi ke tempat-tempat yang ada peristiwa hitam.

Apapun, sekarang ni saya baru saja memutuskan makanan apa yang nak disajikan kepada tetamu besok.  Sekejap ini nanti nak pergi buat nasi himpit dan pergedel.  Buat soto sajalah.  :)

Sunday, September 19, 2010

APA PUNYA PROGRAM RAYA

Selepas berhari raya bersama kaum keluarga dan sanak saudara di kampung, kita pulang ke tempat tinggal kita.  Dah balik di rumah tu adalah banyak masa terluang untuk menonton program-program raya di TV.

Sudah beberapa hari saya menonton siaran TV.  Banyak juga siaran yang diulang tayang kembali berkali-kali.

Rasa menjengkelkan bila banyak pula siaran yang berunsur tahyul.  Cerita hantu dan tahyul adalah seperti Susuk, Congkak, dan Jangan Pandang Belakang.  Bukan sekali tayangan saja, malah diulang tayang pula.

Apa punya program Raya yang begini?  Cerita-cerita ini tidak menghiburkan dan tidak langsung bersifat membina.  Jika tujuannya ialah untuk memberi kesedaran tentang ujudnya perkara-perkara ini, mengapa pula memilih masa Raya.

Menteri yang berkenaan tidak pula memberi peringatan tentang kesan negatif dari unsur tahyul yang disiarkan melalui media elektronik di Raya tahun ini.  Sepatutnya semua stesyen-stesyen TV diberi amaran supaya menarik balik program seperti ini.  Tak ada apa baiknya pun!

Thursday, September 9, 2010

KITA RAYA ESOK

SELAMAT
HARI RAYA
AIDILFITRI

Maaf Zahir dan Batin

Jom kita sama-sama meraikan kejayaan, eratkan silaturrahim.  Jumpa lagi selepas raya nanti.

Sunday, September 5, 2010

ORANG YANG MURAH HATI

Rasulullah SAW dalam beberapa dialognya dengan Saidina Ali RA amat menekan tentang pentingnya sifat bermurah hati.  Orang yang bermurah hati amat dikasihi Allah SWT.

Banyak sabda-sabda Baginda dalam beberapa insiden yang menunjukkan berapa tingginya darjat orang yang bermurah hati.  Begitu juga sebaliknya jika seseorang itu kedekut dan kikir.  Antara sabda Baginda yang bersabit dengan isu ini ialah seperti berikut:
"Orang yang bermurah hati hampir kepada Allah, hampir kepada rahmatnya, jauh daripada siksaNYA.  Adapun orang yang kikir, bakhil, jauh daripada Allah, jauh daripada rahmatNYA, hampir kepada siksaNYA."
 "Aku melihat tertulis di atas pintu Syurga: 'Engkau diharamkan terhadap orang yang kikir, orang yang derhaka kepada ibu-bapanya, dan orang yang mengadu-domba orang.' "
"Buatlah kebajikan/sedekah walau terhadap orang yang rendah! (Rasulullah SAW menerangkan bahawa orang yang rendah itu ialah mereka jika diberi peringatan tidak mahu menerima, jika dilarang tidak mahu tunduk, dan mereka tidak memperdulikan apa yang dia katakan dan apa yang dikatakan orang terhadapanya!)"
Allah SWT juga telah mengingatkan tentang perkara ini di dalam Al Quran.  Berkali-kali Allah berfirman bahawa sedekah itu mesti dititikberatkan dan mesti dilakukan dengan ikhlas.

Dalam beberapa hari sisa bulan Ramadhan ini, marilah kita menjurus ke arah menjadi orang yang bermurah hati.  Semoga kita mendapat kebajikan dunia dan akhirat.