Thursday, October 21, 2010

BILA IKUTAN GHAIRAH

Gara-gara ikutan ghairah dengan rhetorik 1Malaysia, syarikat iklan telah cuba membayangkan hari raya menjadi 1Raya.  Mereka menggabungkan unsur Kristian dan Hindu serta Buddha dalam iklan yang disiarkan di TV3 menjelang Hari Raya tempuhari.  Ekoran itu TV3 telah didenda sebanyak RM50,000 iaitu denda maksimum selepas didapati bersalah menyiarkan iklan yang didapati menghina Islam.

Kenyataan ini telah dibentangkan oleh Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Joseph Salang Gandum dalam sesi soal jawab di Parlimen.  Mengikut kenyataan itu pihaknya telah selesai membuat penyiasatan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia ekoran bantahan terhadap iklan itu.  Ia disiasat di bawah Seksyen 206(3) akta AKM dan mereka telah memutuskan mengenakan hukuman maksima iaitu RM50,000 atas kesalahan itu.

Geli hati juga saya dengan berita ini.  Banyak sangat orang yang mudah terpengaruh dan ikutan hanya kerana usul itu dibuat oleh PM.  Pada halnya, masyarakat Malaysia sejak dulu lagi hidup harmonis.  Hanya bila diapi-apikan dengan sentimen perkauman, mereka mula sangsi tentang keikhlasan kaum lain.

Tuesday, October 12, 2010

BILA IBU NYANYUK

Dilema dalam keluarga sekarang ialah apabila ibu saya sudah ketara menjadi nyanyuk.  Sejak dua bulan kebelakangan, bermacam insiden berlaku.  Ibu berkata perkara-perkara yang pelek dan tak berkaitan dengan kejadian semasa.

Kalau nak ikutkan ibu tidaklah terlalu tua.  Umurnya baru 74 tahun.  Dibandingkan ibu saudara saya yang lebih tua dari ibu, mereka sepertinya masih normal lagi.

Kata seorang pakar yang ditemui, mungkin ibu selalu stres.  Juga ibu tidak aktif minda, dan sering cuba melupakan peristiwa.  Beliau juga menasihati supaya mengambil pengajaran dari kejadian yang berlaku kepada ibu saya ini.

Kami tidak tahu nak menangani masaalah ini.  Jadi kami biarkan saja ibu bercerita sendiri apa juga versinya.

Friday, October 1, 2010

ALAM MAYA PUN BANYAK PENYAKIT

Sejak kebelakangan ini asyik orang bercerita pasal sistem ada spam, virus dan kena godam.  Di maya ini ada banyak pancaroba juga nampaknya.

Bila selalu diingatkan dan dinasihatkan supaya berjaga-jaga kerana serangan dari pesakit maya ini, saya pun ikut jadi bertambah takut.  Rupanya di alam maya pun memang ada penyakit yang mencemaskan.

Nak berjaga-jaga macam mana pun tak berapa tak faham sangat.  Maklum sajalah kita ini ikuta-ikutan mahu berkawan di maya ini.

Ingatkan alam fana saja yang haru-biru dan selalu kecuh  Tetapi sekarang keadaan di maya pun kurang aman gaya perang pulak.  Aduhai!  :((