Thursday, December 30, 2010

Syabas dan setinggi-tinggi tahniah kepada Pasukan Bolasepak Malaysia di atas kemenangan bersejarah merangkul Piala Suzuki 2010 semalam.  Pasti mereka semua akan mendapat imbuhan.

Rakyat Malaysia pun diberi imbuhan segera cuti umum pada besok hari.  Hurray!

Jadi panjang juga cuti hujung minggu ni.  Nak ke mana sangat kerana sekolah sudah hampir dibuka.  Bermacam perkara yang harus dibuat.  Aduh!

Nak pergi beriadah yang tak berapa jauh pun cuaca kurang baik sekarang.  Nampaknya pergi menyibuk ke Mall dan kompleks membeli-belah lagi la.

Saturday, December 25, 2010

SALAD UDANG DAN SOTONG

Sudah banyak hari juga tak kemas laman.  Memang kena juga buat N3 hari ni.  Tapi tak tahu nak cerita apa pulak.  Apapun nak ucapkan selamat hari Natal kepada semua orang-orang Christian.


OK.  Bagi resipi kerabu/salad udang dan sotong yang dibuat makan tengahari tadi sajalah.  Tadi terlupa pulak nak ambil gambar.  Jadi minta izin dari gambar dan copy paste serta edit saja la dari dalam internet tu.  Hehe.

Bahan-bahannya:

10 ekor udang - bersih & celur dalam air mendidih selama 2 minit, tuskan
1 ekor sotong basah/hidup - bersih, potong & celur seperti udang
1 cawan lobak merah cincang/racik
1 bawang besar - di cincang sederhana
3 ulas bawang merah - cincang/mayang
3 batang daun ketumbar - cincang
1/2 inci halia muda - dimayang
1 batang serai - dimayang nipis
1 biji cili hidup - cincang
6 biji cili padi - cincang
3 biji limau kasturi - perah ambil airnya saja
1 sudu sedang gula
garam dan lada sulah secukup rasa

Cara-caranya:

1.  Gaul semua sayuran supaya rata.
2.  Masukkan lada sulah, gula dan garam.  Gaul sebati.
3.  Masukkan udang dan sotong.  Gaul sebati.  Sesuaikan rasanya.

Friday, December 10, 2010

JUS TEMBIKAI

Hari ini panas teramat rasanya.  Semalam suami saya beli tembikai dua biji.  Jadi saya buat jus tembikai la.  Tapi saya campur dengan sedikit susu  Pastu berangan minum gaya di restoran.  Lihatlah rupanya .. cantik menawan!  Hehe.


Anak-anak habis meminum semuanya dalam sekelip mata saja.  Lepas itu minta dibuat lagi tapi buahnya pun dah habis.

Abahnya kata tak boleh minum atau makan tembikai selalu.  Mengikut pesan orang tua, tembikai sebenarnya panas.

Monday, December 6, 2010

TAHUN BARU HIJRAH

Mulai malam ini kita melangkah ke tahun baru Hijrah.  Mudah-mudahan tahun ini akan menjanjikan segala yang baik.  Amin.

SELAMAT
MAAL HIJRAH
1432

Semoga kita melangkah berhijrah menjadi orang-orang yang senentiasa mendapat keredhaan dan rahmat Allah SWT.