Friday, July 30, 2010

HARI NAK HUJAN

Baru saja fikir nak buat N3, dah gelap dan bunyi guruh.  Tak berani pulak nak lama-lama ni.  Ya la kata orang kalau hujan petir boleh sambar modem.

Nampaknya tak jadilah buat N3 lain sebab hari nak hujan.

Wednesday, July 28, 2010

RAYA SEBELUM PUASA

Di sekolah saya sudah ada guru-guru yang berjiwa niaga mula membawa sampel-sampel tudung dan kueh raya.  Bermacam-macam fesyen dan rasa yang dibawa mereka untuk jualan.

Pandai betul mereka mencari rezeki.  Semua orang baru saja mendapat gaji.  Jadi bila rasa banyak wang di tangan, kita lebih mudah ikut nafsu keinginan.

Mula-mula saya ikut tengok-tengok saja.  Memang rasa tak hendak beli.  Tetapi kemudian terikut-ikut pula membeli dan membuat tempahan.

Nampaknya saya sendiri ikut beraya sebelum bulan puasa tiba.  Aduhhh!

Saturday, July 24, 2010

KENAPA HARUAN?

Dekad-dekad terakhir ini kita kerap mendengar cerita-cerita sumbang mahram.  Walaupun pihak berkuasa berbangga dengan kajian bahawa ramai remaja perempuan bertudung, kenyataannya ramai yang bertudung tu adalah yang terjerat noda dan dosa.

Kita selalu dengar kisah bapa tiri merogol anak tirinya, abang tiri menodai adik tirinya dan saudara meratah tubuh saudara sendiri juga.  Lebih dahsyat lagi, bapa memperkosa anak mereka sendiri.

Malah lebih dahsyat lagi, ada bapa menjadikan anak perempuan sendiri sebagai hamba seks dan pemuas nafsu mereka.  Memang amat menjengkelkan!

Kes-kes ini adalah kes masaalah sosial yang berat.  Pihak berwajip mesti mengambil langkah berkesan untuk menanganinya.

Dalam pada itu saya jadi hairan juga kenapa orang selalu mengatakan bapa-bapa begini adalah seperti haruan memakan anak.  Kenapa haruan?  Binatang-binatang lain tidak 'makan' anak?  Saya perhatikan binatang seperti kucing, ayam dan itik juga melepaskan hawa nafsu seks dengan anak-anak mereka sendiri.

Haruan tu kita tidak selalu nampak atau tidak pasti berlakunya begitu.  Tetapi kalau binatang ternakan sendiri, kita selalu melihatnya.  Tak begitu?

Thursday, July 22, 2010

MALANG SEORANG IBU

Mungkin ramai sudah membaca berita di Metro yang bertajuk 'Nasib ibu Si Tanggang' yang disiarkan hari ini.  Saya hanya sekadar terfikir saja nasib ibu malang ini.  Di waktu yang sama saya teringat kuliah dan syarahan agama tentang kewajipan ibu bapa dan anak-anak.  Kemudian saya teringat apa yang Datin Doktor Fauziah menulis di blognya beberapa hari lepas.

Memang benar apa yang diberitakan adalah suatu cerita sedih.  Tapi di waktu yang sama melihat kepada suasana di mana ibu dan anak-anak berada semasa proses pembesaran anak-anak berkenaan.

Saya rasa kurang tepat jika kita menyamakan dengan si Tanggang yang durhaka kepada ibunya.  Ibu Tanggang ialah seorang miskin melarat tetapi membesarkan anaknya dengan penuh kasih sayang dan perhatian.  Cuma harta kekayaaan materialis yang ibunya tak punya.

Nampak situasi siibu ini tak sama.  Situasi dan keadaannya saja sudah jauh berbeza.  Anak sulung seperti terbiasa dengan hidup yang agak selesa.  Ibunya kahwin lagi tak lama selepas ayahnya meninggal.  Bagi seorang anak itu adalah satu pengkhianatan.  Si bapa tiri juga tidak bertanggung-jawap.  Kesan emosi pasti ada.

Kita tidak tahu cerita seluruhnya.  Jadi tidak adil untuk kita menyalahkan anak sepenuhnya.  Seperti kata Kak G, sebelum menuntut hak, seorang mesti menunaikan kewajipannya dahulu.  Kita tidak tahu samaada itu benar-benar telah dilaksanakan.

Sunday, July 18, 2010

DESIGN UBAH SENDIRI

Tak tahu di mana silapnya.  Tapi nampaknya blog title dah terlari pula designnya.  Tentulah ada yang tak kena.  Aduh!  Jadi terpaksa la bela balik.

Harap-harap tak jadi lagi lepas ni.  Alang-alang takut ada masaalah lain pulak nanti, tukar saja design sikit.

Macam-macam kan?  Kita dah la tak pandai sangat benda-benda bersangkut IT ni! :(

Wednesday, July 14, 2010

BUAH SEPANJANG MASA

Jadi warganegara ibu negara ni memang banyak kelebihannya.  Setelah beberapa tahun menetap di TTDI, kecuali jalanraya yang selalu sesak, saya sekarang amat selesa rasanya.

Benar seperti kata Mak saya, di Kuala Lumpur ini Mak, Bapak, anak dan saudara saja yang tak boleh beli.  Semua barang boleh dapat, baik yang buatan manusia atau pun dari alam semula jadi.

Kalau kita hendak segala jenis sayur, samaada moden atau tradisional, semuanya di Pasar Chow Kit.  Begitu juga dengan semua jenis buah-buahan.  Semuanya ada di sana hampir sepanjang tahun.

Dulu-dulu kalau nak makan durian dan rambutan umpamanya, hanya setahun sekali saja baru boleh dapat.  Tapi setelah duduk di Kuala Lumpur, buah-buahan popular seperti ini ada sepanjang tahun.  Kiranya 'berbuah' sepanjang masa dan sudah tidak bermusim lagi.

Bezanya, buah-buahan ini semuanya datang dari tempat yang berbeza-beza di waktu yang berbeza sepanjang tahun. Buah-buahan ini datang dari lain-lain negeri di waktu yang berbeza.  Kiranya di Kuala Lumpur, ada kalanya buah dari Perak, di kala-kala lain buah dari Pahang, Kedah, Perlis dan dari Thailand pula.

Monday, July 12, 2010

SEPANYOL JUARA

Akhirnya Sepanyol menang dan menjadi jurar Piala Dunia musim 2010 ini.  Walaupun kemenangan itu di perlawanan yang kurang bergaya dan hanya kelebihan satu gol saja, hak memang sah dan mutlak.

Dengarnya balik di negara sendiri, mereka sudah berpesta.  Rakyat menunggu kepulangan wira-wira mereka.

Di Malaysia tak merasalah nampaknya.  Banyak sangat campur-tangan politik, ramai pula yang berkepentingan.  Sukan pun jadi kusam.   Sedihnyaaaaaaaaa!

Tuesday, July 6, 2010

BANYAK CERITA TAK TERCERITA

Kalau nak ikutkan, bermacam-macam cerita yang ada di dalam kepala.  Ingat hari ini nak berkongsi cerita yang panjang sikit.  Tetapi oleh kerana katanya sistem tengah meracau, tak jadilah.

Nampaknya banyak cerita saya tak tercerita.  Hari-hari ada-ada saja alasannya.  Mungkin juga alasan yang paling kukuh ialah susah nak turunkan dalam bentuk tulisan!  Hehe.

Thursday, July 1, 2010

BERPEMIKIRAN PRIMITIF JAHILIYYAH

Berita tentang tiga anak gadis sunti menjadi mangsa nafsu buas bapa sendiri setiap malam secara bergilir-gilir memang menyedih dan menjengkelkan.  Namun kita harus akui bahawa ini bukan gejala baru.

Sejak dulu lagi perempuan menjadi mangsa nafsu buas lelaki di luar ikatan nikah.  Bapa makan anak, abang makan adik dan pelbagai sumbang mahram berlaku.

Ini adalah kerana ahli masyarakat berkenaan berkenaan kebanyakannya berpemikiran primitif ala zaman jahiliyyah.  Mereka samaada duduk di ceruk kampung atau kawasan pendalaman.  Memang ada segelintir yang duduk di kawasan bandar tetapi mereka juga tidak terdedah kepada sistem pelajaran yang sempurna.

Kasihan kepada yang menjadi mangsa.  Kita harapkan semoga pihak berkuasa membuat pemantauan di kawasan-kawasan yang bercirikan zaman primitif.