Gara-gara ikutan ghairah dengan rhetorik 1Malaysia, syarikat iklan telah cuba membayangkan hari raya menjadi 1Raya. Mereka menggabungkan unsur Kristian dan Hindu serta Buddha dalam iklan yang disiarkan di TV3 menjelang Hari Raya tempuhari. Ekoran itu TV3 telah didenda sebanyak RM50,000 iaitu denda maksimum selepas didapati bersalah menyiarkan iklan yang didapati menghina Islam.
Kenyataan ini telah dibentangkan oleh Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Joseph Salang Gandum dalam sesi soal jawab di Parlimen. Mengikut kenyataan itu pihaknya telah selesai membuat penyiasatan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia ekoran bantahan terhadap iklan itu. Ia disiasat di bawah Seksyen 206(3) akta AKM dan mereka telah memutuskan mengenakan hukuman maksima iaitu RM50,000 atas kesalahan itu.
Geli hati juga saya dengan berita ini. Banyak sangat orang yang mudah terpengaruh dan ikutan hanya kerana usul itu dibuat oleh PM. Pada halnya, masyarakat Malaysia sejak dulu lagi hidup harmonis. Hanya bila diapi-apikan dengan sentimen perkauman, mereka mula sangsi tentang keikhlasan kaum lain.