Monday, November 22, 2010

PENGLIHATAN DARI KANTA BERBEZA

Rata-rata orang suka buat kecuh.  Ada-ada saja hal yang dikecuhkan: dari hal-hal pentadbiran negara , ekonomi, seni sehinggalah kepada cerita peribadi.

Haritu kecuh juga pasal teater Natrah yang diarahkan pementasannya oleh Erma Fatima, dimana terdapat persepsi yang berbeza dengan paparan pengkaji sejarah mengenai Natrah iaitu Datin Seri Fatini Yaacob.  Erma melihat dari kanta mata seni, sedang Datin Fatini melihat dari kanta sejarah.  Pastilah terdapat perbezaannya.

Apa yang tidak enak ialah mereka membawa sehingga menjadi peribadi.  Jadilah adalah unsur berbalas tuduhan.

Agaknya memang orang kita suka bikin kecuh supaya gempar!

Monday, November 15, 2010

KEMPUNAN MELANCUNG

Semalam kawan mengajak untuk pergi melancung ke Gold Coast, Australia.  Katanya kalau dapat lebih sepuluh orang, kita boleh lakukan ikut pekej Muslim.  Sementelah katanya tawaran tambang istimewa berlangsung sampai hari ini.

Ikutkan hati memang rasa teringin sangat nak pergi.  Tapi banyak perkara yang harus dipertimbangkan.

Paling utama ialah Mak tinggal bersama saya sekeluarga.  Kalau kita orang nak pergi, tak boleh la nak bawa Mak sekali sebab nanti akan menggangu program orang lain.  Jika nak tinggalkan beliau di rumah dengan pembantu rumah, boleh membebankan fikiran memikirkan keadaannya pulak.

Saya dah cuba minta adik datang tunggu Mak atau mengambil Mak duduk bersamanya untuk tempuh waktu itu.  Tapi isterinya amat keberatan.

Nampaknya dalam masa terdekat ini tak ada harapanlah untuk saya turut melancung ke mana-mana sekalipun.

Thursday, November 4, 2010

DUA PILIHANRAYA BERBEZA

Saja terfikir tentang pilihanraya kecil di Galas, Kelantan dan di Batu Sapi, Sabah yang berlangsung hari ini.  Satu di Semenanjung dan satu lagi di seberang sana, di Pulau Borneo.

Nampaknya seperti ramai pemimpin menumpukan perhatian di Galas.  Berita di akhbar arus perdana pun lebih banyak mengenai aktiviti di Galas.

Tak tahulah apa alasan kukuh mengenainya.  Mungkin saja ini kerana BN terlalu yakin mereka akan menang di Batu Sapi.  Sementara itu mereka mahu cuba sedaya upaya merampas Galas.

Keputusan akan di ketahui malam ini nanti.  Sama-samalah kita tunggu dan lihat.