Thursday, November 17, 2011

MASAALAH RAS

Di mana-mana pun memang ada masaalah dan krisis ras atau pun apa yang lebih mudah fahami sebagai masaalah perkauman.  Pastinya selagi ada pelbagai kaum dan selagi ada dunia, masaalah ini akan terus ada.

Namun begitu, jika masaalahnya tidak diperbesar-besarkan, ia tidak akan menjadi masaalah besar.  Semua orang tahu manusia tidak sama dan setiap seseorang ada kekurangan dan ada kekurangan masing-masing.

Jadi kalau kita semua cintakan keamanan dan harmoni, jangan menjadi duri dalam daging.  Kita mesti berpegang kepada hukum Allah swt.  Pasti semuanya baik-baik saja!

Thursday, November 3, 2011

▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ **۩*۩*۩** ▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
SELAMAT
HARI RAYA
AIDILADHA
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ **۩*۩*۩** ▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬

Tuesday, October 25, 2011

JIHAD KEPADA KEDUA IBUBAPA - DILEMA ANAK PEREMPUAN

Hari ini nak ikut mengisahkan cerita yang bersabit dengan agama pula.  Sebenarnya ini adalah rentetan peristiwa benar.  Seorang anak saudara perempuan tidak dapat menjaga ibubapanya yang sudah tua dan amat uzur hinggalah habis hayat mereka.

Beliau adalah seorang anak tunggal, tapi terpaksa patuh kepada suami yang bertugas di seberang lautan.  Tetapi kedua ibubapanya telah menganggapnya sebagai anak derhaka.  Sedihnya!

Kata ustaz dan pakar agama, sebagai anak, kita perlu menjaga hubungan dengan ibubapa dan memastikan sentiasa akrab walaupun apabila sudah dewasa dan mempunyai rumah tangga sendiri.  Isipatinya ialah jihad kepada ibubapa itu adalah dituntut.

Mengikut kata mereka perbuatan derhaka terhadap kepada ibubapa dilarang sama sekali.  Sesiapa yang menderhaka adalah berdosa besar.  Malah ada hadis Nabi saw yang menerangkan bahawa menderhaka kepada ibu bapa adalah dosa besar selepas syirik.

Kata mereka, menurut hadis nabi juga, orang yang derhaka kepada ibu tidak akan mencium bau syurga.  Sebagai menguatkan hujjah, dikisahkan cerita popular seorang lelaki bernama Alqamah, iaitu seorang yang kuat beribadat.  Semasa dalam nazak beliau tidak dapat mengucap syahadah kerana telah pernah menyinggung hati ibunya, akibat terlalu cintakan isterinya.

Ini yang menjadi dilema bagi anak perempuan.  Ramai orang menyalahkan anak perempuan yang tidak dapat mengikut kemahuan dan berbakti kepada ibubapa mereka.

Kalau orang yang cukup ilmu agama tentu juga tahu bahawa kewajipan utama isteri adalah kepada suami.  Bahkan telah ditegaskan bahawa Syurga isteri adalah atas redha suaminya yang soleh.

Suami yang soleh terlebih dahulu mesti menjadi anak yang soleh kerana itulah tuntutan dan keredhaan Illahi.  Jadi keutamaan mereka adalah kepada kedua ibubapa mereka.  Habis bagaimana suami yang soleh nak mengutamakan kemahuan dan tuntutan ibubapa isteri pada waktu yang sama?

Tuesday, October 11, 2011

TUNGGU KENYATAAN

Janji bajet yang diumumkan oleh PM melapangkan juga dada.  Kalau benar-benar dilaksanakan, adalah juga tambahan yang nyata.

Rasanya ramai kakitangan kerajaan memang mengharapkan kenaikan gaji yang berterusan setiap tahun tanpa had gaji maksima.  Begitu juga tambahan kepada increment tahunan adalah dialu-alukan.

Harap-harap ini bukan hanya sebagai umpan atau gula-gula.  Ramai menunggu ia menjadi kenyataan.

Thursday, September 15, 2011

CUKUP-CUKUPLAH BERAYA

Kita bermula dengan sambutan Hari Raya pada 30 Ogos.  Kemudian kita sambung Raya dengan sambutan Hari Merdeka pada 31 Ogos.  Esok kita Raya Hari Malaysia pula.

Cukup-cukup la beraya.  Takut-takut berlebih pula.  Biarlah ia menjadi ibadah.  Jangan sampai menjadi padah pula!

Wednesday, August 31, 2011

HARI RAYA

▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ **۩*۩*۩** ▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬

*SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI*
MAAF ZAHIR BATIN

▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ **۩*۩*۩** ▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬

Sunday, August 21, 2011

MENUJU SEPULUH MALAM TERAKHIR

Alhamdulillah kita diberkati dengan rahmat dan rezeki dapat melalui ibadah Ramadhan tahun ini.  Hari ini sudah masuk hari akhir minggu ketiga.  Sepuluh hari saja lagi akan berakhir Ramadhan.

Semoga kita dipanjangkan umur dan sihat tubuh badan untuk meneruskan ibadah.    Semoga kita mendapat barakah Lailatul Qadar.  Amin.

Mengikut ulama Lailatul Qadar ada di dalam sepuluh malam terakhir Ramadhan.  Jadi eloklah kita menfaatkan sebaik-baiknya.

SELAMAT MENERUSKAN IBADAH
SAMA2LAH KITA MENCARI BARAKAH

Thursday, August 4, 2011

RAMADHAN AL MUBARAK

Aduhai la!  Macam terkejar waktu betul!  Pada hal bukannya sibuk sangat pun.

Sempena Ramadhan Al Mubarak ini, marilah kita benar-benar berusaha memperbaiki amalan kita.  Semoga kita diberkati.  Amin.

Monday, July 4, 2011

TAKUT BERSIH

Perkara sudah menjadi isu setelah digembar-gemburkan.  Tujuan asal seperti ditelan bayu.  Kenapa jadi begitu?

Nampaknya banyak orang tertentu takut dengan aktiviti yang dicadangkan.  Tak tahu la apa yang ditakutkan sangat.

Aku sendiri masih blur sampai hari ini.  Cuma sekarang aku takut sebab tindakan yang diambil oleh pihak berkuasa!

Sunday, June 19, 2011

LETIH BALIK KAMPUNG

Baru saja sampai balik dari kampung sebelah suami.  Memang tak ada rancangan.  Tetiba saja dapat khabar bapa saudara suami sakit dan nazak.  Jadi terpaksa bergesa-gesa pulang sebelum Subuh semalam.

Walaubagaimanapun sebelum sampai, kami diberitahu bahawa bapa saudara suami sudah pun meninggal selepas Subuh.  Jadi kami hanya sempat melihat jenazahnya saja.  Petang semalam juga dikebumikan.

Pagi ini ziarah saudara rapat sekejap baru lah pulang.  Letih betul rasanya.  Nak menghilangkan boring dan letih, lepak sini sekejap.  :)

Saturday, June 11, 2011

CUTI TAK BERCUTI

Roha dan keluarga memang tak pergi bercuti ke mana sangat.  Sekadar pergi menghadiri majlis perkahwinan dan perjumpaan sanak-saudara dan kawan-kawan.

Tapi dalam pada pergi ke mana sangat tu, bulan ni memang sudah pokai juga.  Tinggal sekadar cukup untuk belanja asas saja.

Maklumlah pergi menghadiri majlis perkahwinan semua tu perlu keluar wang juga.  Hadiah sekarang bukannya murah.  Hujung-hujung beri duit saja!

Friday, May 27, 2011

SERING SEMPUT & SESAK NAFAS

Sejak tiga minggu lepas ayah sering semput dan sesak nafas.  Tak buat apa-apa, jalan sedikit saja beliau termengah-mengah.

Bila dibawa berjumpa doktor dan dilakukan pemeriksaan, ternyata jantung ayah sudah lemah dan paru-parunya juga sudah rosak.  Kata doktor amalan ayah merokok berat semasa mudanya itu memberi kesan ini.

Panjang lebar juga doktor memberi penerangan.  Tapi banyak terma perubatan.  Jadi tak ingat sangat.  Cuma yang mudah ingat rokok memang merosakkan organ-organ ayah.

Sekarang ayah diberi ubat.  Kata doktor itu lebih sebagai penahan.  Kami semua hanya mampu berdoa.

Monday, May 16, 2011

KHUSUS UNTUK GURU YANG DEDIKASI

Ramai guru-guru jujur kepada kerjaya mereka dan bekerja dengan penuh komitmen.  Mereka mendidik anak bangsa dan warganegara untuk menjadi anggota masyarakat yang berguna.

Kita wajip menyanjungi segala jasa guru.  Bukan kerana saya seorang guru.  Tetapi kerana komitmen kami untuk memberi khidmat terbaik.

Khusus untuk golongan seperti saya ini, harap berilah kami semangat dengan turut meraikan hari ini bersama kami.  Tentu kami akan rasa amat dihargai dan akan lebih bersemangat lagi.

Tuesday, May 10, 2011

TERMALAS LAGI

Banyak sangat huru-hara sejak akhir-akhir ni.   Jadi keliru rasanya.

Satu pihak kata macam ni.  Pihak yang lain pulak kata lain.  Sekejap arahan satu atasan begini.  Seorang atasan lain pula memberi arahan yang lain.  Naik pening kepala ni.

Sudahnya aku buat saja ikut suka sendiri.  Bila ditegur dan dimarah, aku diam saja.

Bila balik rumah pula aku kerja tengok TV dan tidur saja.  Suami pun dah komen, 'Apa hal ni?'

Selepas aku cerita pun dia tak faham juga.  Jadi biar sajalah.

Sunday, May 1, 2011

CUTI HARI PEKERJA

SELAMAT
HARI PEKERJA

Hari Pekerja kebanyakan orang tak bekerja.  Ramai pergi bercuti ke luar daerah, santai-santai bersama keluarga.


Roha pun nak ke pergi ke Taman berkelah bersama keluarga petang ini.  Taman mana tak tahu lagi sebenarnya!

Cuma bila anak-anak kata kita orang dah lama tak berkelah, rasa kasihan pula.  Jadi ni kita nak pergi duduk makan-makan di mana taman yang tak ramai sangat orang!

Saturday, April 23, 2011

PEMINTA SEDEKAH YANG MEWAH

Nampaknya semakin banyak warga kita dan warga asing seperti terus terangsang untuk menjadi peminta sedekah.  Pendapatan sebagai seorang peminta sedekah memang lumayan.

Ada dua sebab utama yang membuatkan lebih ramai tertarik untuk bermalasan dan hidup sebagai pengemis dan peminta sedekah ini.  Pertamanya penguatkuasaan di Malaysia lemah.  Sementara itu orang Malaysia pula pemurah.

Kerja menjadi peminta sedekah itu amat mudah.  Pergi menghulur tangan di tempat-tempat di mana orang berada atau pun duduk saja di tempat laluan orang ramai.  Ada yang berlakon buta, atau sebagai ibu muda beranak kecil.

Peminta canggih pun ada.  Mereka datang ke tempat-tempat makan dan menyanyi beberapa lagu sambil bermain alat muzik.

Sering kelihatan peminta sedekah datang dan balik dengan teksi.  Malah ada yang dihantar kereta.  Kereta pun banyak yang berjenama import.

Sunday, April 10, 2011

SEMUA LEPAK DEPAN TV

Walaupun ada tiket RM 60 seorang, tak ada seorang pun dalam rumah nak pergi ke Litar Sepang.  Semua kata tak hendak nak habiskan duit.

Jadi semua duduk lepak depan TV sekarang kerana menonton perlumbaan F1.  Riuh anak beranak duduk komen.  Semuanya lebih pandai 'memandu' dari pelumba profesional tu.

Saya tak minat sangat.  Tapi TV sudah mereka monopli.  Mahu tak mahu ikut tengok saja.

Lama juga rupanya tak kemas di sini.  Jadinya, sambil-sambil update blog la.  Hehe.

Sunday, March 20, 2011

BAWAL MASAK TAUCU SEDAP

Mungkin juga kerana lama tak makan.  Yang jelas, ikan bawal masak taucu seperti di gambar bawah ni sungguh terasa amat sedap sekali semalam.

BAWAL HITAM MASAK TAUCU

Bila makan dengan nasi panas-panas bersama ulam dan sambal memang terasa lebih sedap.  Tambahan pula makan beramai-ramai dan berebut-rebut pulak.

Lagipun kakak ipar memang seorang yang jaguh masak.  Apa-apa pun yang disediakannya mesti gerenti licin dalam masa yang sekejap saja.

Itulah yang orang selalu sebut sebagai air tangan agaknya.  Seronoklah begitu!

Tuesday, March 8, 2011

CENDUL & ROJAK MAMAK

Asyik duduk posfon saja tak menjadi la.  Suami kata hari minggu.  Ada orang datang rumah pula.  Minggu ini pula dia ada tugas ke luar kawasan.

Jadi hari ini Roha ajak kawan pergi ke Petaling Jaya New Town untuk makan rojak yang diceritaan oleh rakan blogger tempuhari.  Disamping order rojak, kami juga order cendul.


Rojaknya memang boleh kira sebagai sedap.  Tetapi cendul pulut kacang seperti di gambar atas ini ada rasa manisan madu lebah.  Kelainan ini yang buat rasa nak pergi lagi.

Insya Allah nanti kena kempen dengan suami dan anak-anak pula.  Memang tak puas makan lagi rasanya!

Sunday, February 27, 2011

SEDAP JUGA TAPAI NI

Kawan ajak pergi makan tengahari di gerai dekat Seksyen 8 setelah menziarah seorang kawan lain yang sedang di rawat di Hospital Assunta.  Biasanya memang ada banyak gerai yang berjualan di sana.

Malangnya hari Ahad ni banyak pula yang tidak berniaga.  Mungkin kerana kurang permintaan di hari tidak bekerja.

Walaupun tak banyak pilihan, tetapi boleh juga menjamu selera di sana.  Lebih dari cukup untuk mengalaskan perut.

Tapai Pulut

Apa yang agak menarik ialah ada tapai pulut yang dibungkus dengan daun yang agak unik.  Tak kenal pulak daun apa.  Tapi tapai ini dibungkus berangkai mengikut daun di satu-satu tangkai.

Memang tapai ni kecil saja.  Habis dengan sekali suap saja.  Rasanya boleh tahan manis.  Sedap juga la.

Sunday, February 20, 2011

APA KELAS?

Astro ada 'talk show' baru yang melibatkan penyanyi tersohor Siti Norhaliza yang membuat tayangan rakaman sulung semalam.  Aduh, teruk betuk mentaliti penawar khidmat siaran di Malaysia ni!

Apa kelasnya membuat program seperti ini.  Pertamanya ini siaran bual bicara yang dirakam dan diskripkan lebih dahulu.  Nampak jelas kekakuan dan kejanggalan hosnya dan benar-benar mencacatkan programnya.

Mentaliti tak ada kelas ini cuba menggunakan populariti Siti sebagai seorang penyanyi.  Kalau Astro mempunyai mentaliti jengkel kerana nilai komersial dan cuba meraih keuntungan maksima, Siti pula mempunyai mentaliti apa?

Jelas sekali Siti tahu dia tidak mempunyai kredibiliti sebagai seorang hos bual bicara.  Kalau suara merdu muka cantik bukan bermakna dia mampu melakukan semua perkara.  Lebih-lebih lagi ini program yang melibatkan tokoh-tokoh tertentu!

Thursday, February 10, 2011

UMAT ISLAM DIPAKSA MAKAN BABI

Tak tahu sejauh mana benarnya berita ini.  Tapi kawan yang anak saudaranya ada urusan kerja di Russia menceritakan bahawa umat Islam di Uzbekistan dipaksa makan babi.

Kita tahu bahawa lebih 90% rakyat Uzbekistan adalah orang Islam.  Di sana masjid-masjidnya megah dan cantik dengan nilai seni Islam yang tinggi.  Malah barang-barang hasil kerja-tangan seperti pinggan mangkuk dan pasu juga ada unsur Islam, Turki dan puak Moor.

Masjid Bukhara
Sumber:  Google

Namun kehidupan Islam di sana tidak sepadu.  Amalan Islam mereka itu memang pelbagai.  Banyak versi kepercayaan Islam mereka yang tersasar dari Rukun Islam.

Mengikut cerita, Islam di sana memang sudah begitu tercemar.  Kesan reformasi pro-sekular begitu jelas.  Walaupun rakyat bebas menganuti agama pilihan mereka, aktiviti keagamaan yang tidak mendapat kelulusan pemerintah memang di haramkan.

Mungkin kerana itu fahaman dan amalan Islam sudah dikompromi.  Oleh kerana kekeliruan dalam fahaman Islam ini, babi turut disahkan sebagai daging halal.

Astaghfirullahalazim.  Begitu kuat impak sekular dalam kehidupan insan.

Wednesday, February 2, 2011

Kita orang menyebuk juga nak balik kampung malam ni nanti.  Mudah-mudahan tidak la sesak lagi.  Biarlah orang lain berpusu-pusu balik hari dahulu.

Kita semua akan cuti panjang minggu ini.  Sempena sambutan perayaan ini, saya pun turut ucapkan:

SELAMAT
TAHUN BARU CINA 2011

Semoga Tahun Arnab ini nanti akan lebih baik untuk kita semua.  Amin.

Monday, January 24, 2011

UDANG BAKAR

Oleh kerana terinign sangat makan popia udang masakan Kak G, Roha pergi beli udang yang besar juga.  Tapi ni udang harimau sebab udang putih tak ada pula.

Ehsan dari Google

Selebih buat inti popia, buat udang panggang pula.  Kalau simpan lama pun nanti tak sedap.  Rupanya adalah lebih kurang dalam gambar di atas.

Sebenarnya Roha tak pandai ambil gambar.  Nampak tak jelas dan entah apa-apa jadinya.  Oleh sebab tu, terpaksa guna khidmat google sajalah.  Hehe.

Tuesday, January 11, 2011

CUBA BERJAMU

Akhir-akhir ni Roha cepat sangat rasa penat.  Naik turun tangga saja tercungap-cungap.  Bila cepat letih, wajah pun nampak seperti cengkung saja.

Roha pun beranikan diri bertanya secara peribadi kepada Kak G.  Ini kerana Roha dah ikut petua beliau untuk hilangkan lengoh-lengoh, sengal dan bisa akibat terlebih membebankan badan.  Memang berkesan, tapi penat tu masih ada.

Kak G sudah bermurah hati memberi satu petua yang amat berkesan.  Oleh kerana beliau belum lagi berkongsi petua berkenaan, Roha telah minta izinnya untuk buat N3 ini dan berkongsi petuanya.  Kak G dengan senang hati memberi persetujuannya.

Saturday, January 1, 2011

TAHUN 2011

Hari ini kita sudah melangkah ke tahun baru 2011 Masehi.  Mudah-mudahan tahun ini akan menjanjikan segala yang lebih baik dari sebelumnya.  Amin.

SELAMAT
TAHUN BARU 
2011 MASEHI

Kita mesti melakukan yang terbaik.di tahun ini.  Semoga kita senentiasa mendapat keredhaan dan rahmat Allah SWT.