Sunday, February 27, 2011

SEDAP JUGA TAPAI NI

Kawan ajak pergi makan tengahari di gerai dekat Seksyen 8 setelah menziarah seorang kawan lain yang sedang di rawat di Hospital Assunta.  Biasanya memang ada banyak gerai yang berjualan di sana.

Malangnya hari Ahad ni banyak pula yang tidak berniaga.  Mungkin kerana kurang permintaan di hari tidak bekerja.

Walaupun tak banyak pilihan, tetapi boleh juga menjamu selera di sana.  Lebih dari cukup untuk mengalaskan perut.

Tapai Pulut

Apa yang agak menarik ialah ada tapai pulut yang dibungkus dengan daun yang agak unik.  Tak kenal pulak daun apa.  Tapi tapai ini dibungkus berangkai mengikut daun di satu-satu tangkai.

Memang tapai ni kecil saja.  Habis dengan sekali suap saja.  Rasanya boleh tahan manis.  Sedap juga la.

Sunday, February 20, 2011

APA KELAS?

Astro ada 'talk show' baru yang melibatkan penyanyi tersohor Siti Norhaliza yang membuat tayangan rakaman sulung semalam.  Aduh, teruk betuk mentaliti penawar khidmat siaran di Malaysia ni!

Apa kelasnya membuat program seperti ini.  Pertamanya ini siaran bual bicara yang dirakam dan diskripkan lebih dahulu.  Nampak jelas kekakuan dan kejanggalan hosnya dan benar-benar mencacatkan programnya.

Mentaliti tak ada kelas ini cuba menggunakan populariti Siti sebagai seorang penyanyi.  Kalau Astro mempunyai mentaliti jengkel kerana nilai komersial dan cuba meraih keuntungan maksima, Siti pula mempunyai mentaliti apa?

Jelas sekali Siti tahu dia tidak mempunyai kredibiliti sebagai seorang hos bual bicara.  Kalau suara merdu muka cantik bukan bermakna dia mampu melakukan semua perkara.  Lebih-lebih lagi ini program yang melibatkan tokoh-tokoh tertentu!

Thursday, February 10, 2011

UMAT ISLAM DIPAKSA MAKAN BABI

Tak tahu sejauh mana benarnya berita ini.  Tapi kawan yang anak saudaranya ada urusan kerja di Russia menceritakan bahawa umat Islam di Uzbekistan dipaksa makan babi.

Kita tahu bahawa lebih 90% rakyat Uzbekistan adalah orang Islam.  Di sana masjid-masjidnya megah dan cantik dengan nilai seni Islam yang tinggi.  Malah barang-barang hasil kerja-tangan seperti pinggan mangkuk dan pasu juga ada unsur Islam, Turki dan puak Moor.

Masjid Bukhara
Sumber:  Google

Namun kehidupan Islam di sana tidak sepadu.  Amalan Islam mereka itu memang pelbagai.  Banyak versi kepercayaan Islam mereka yang tersasar dari Rukun Islam.

Mengikut cerita, Islam di sana memang sudah begitu tercemar.  Kesan reformasi pro-sekular begitu jelas.  Walaupun rakyat bebas menganuti agama pilihan mereka, aktiviti keagamaan yang tidak mendapat kelulusan pemerintah memang di haramkan.

Mungkin kerana itu fahaman dan amalan Islam sudah dikompromi.  Oleh kerana kekeliruan dalam fahaman Islam ini, babi turut disahkan sebagai daging halal.

Astaghfirullahalazim.  Begitu kuat impak sekular dalam kehidupan insan.

Wednesday, February 2, 2011

Kita orang menyebuk juga nak balik kampung malam ni nanti.  Mudah-mudahan tidak la sesak lagi.  Biarlah orang lain berpusu-pusu balik hari dahulu.

Kita semua akan cuti panjang minggu ini.  Sempena sambutan perayaan ini, saya pun turut ucapkan:

SELAMAT
TAHUN BARU CINA 2011

Semoga Tahun Arnab ini nanti akan lebih baik untuk kita semua.  Amin.