Saturday, April 23, 2011

PEMINTA SEDEKAH YANG MEWAH

Nampaknya semakin banyak warga kita dan warga asing seperti terus terangsang untuk menjadi peminta sedekah.  Pendapatan sebagai seorang peminta sedekah memang lumayan.

Ada dua sebab utama yang membuatkan lebih ramai tertarik untuk bermalasan dan hidup sebagai pengemis dan peminta sedekah ini.  Pertamanya penguatkuasaan di Malaysia lemah.  Sementara itu orang Malaysia pula pemurah.

Kerja menjadi peminta sedekah itu amat mudah.  Pergi menghulur tangan di tempat-tempat di mana orang berada atau pun duduk saja di tempat laluan orang ramai.  Ada yang berlakon buta, atau sebagai ibu muda beranak kecil.

Peminta canggih pun ada.  Mereka datang ke tempat-tempat makan dan menyanyi beberapa lagu sambil bermain alat muzik.

Sering kelihatan peminta sedekah datang dan balik dengan teksi.  Malah ada yang dihantar kereta.  Kereta pun banyak yang berjenama import.

Sunday, April 10, 2011

SEMUA LEPAK DEPAN TV

Walaupun ada tiket RM 60 seorang, tak ada seorang pun dalam rumah nak pergi ke Litar Sepang.  Semua kata tak hendak nak habiskan duit.

Jadi semua duduk lepak depan TV sekarang kerana menonton perlumbaan F1.  Riuh anak beranak duduk komen.  Semuanya lebih pandai 'memandu' dari pelumba profesional tu.

Saya tak minat sangat.  Tapi TV sudah mereka monopli.  Mahu tak mahu ikut tengok saja.

Lama juga rupanya tak kemas di sini.  Jadinya, sambil-sambil update blog la.  Hehe.