Sejak tiga minggu lepas ayah sering semput dan sesak nafas. Tak buat apa-apa, jalan sedikit saja beliau termengah-mengah.
Bila dibawa berjumpa doktor dan dilakukan pemeriksaan, ternyata jantung ayah sudah lemah dan paru-parunya juga sudah rosak. Kata doktor amalan ayah merokok berat semasa mudanya itu memberi kesan ini.
Panjang lebar juga doktor memberi penerangan. Tapi banyak terma perubatan. Jadi tak ingat sangat. Cuma yang mudah ingat rokok memang merosakkan organ-organ ayah.
Sekarang ayah diberi ubat. Kata doktor itu lebih sebagai penahan. Kami semua hanya mampu berdoa.