Friday, May 27, 2011

SERING SEMPUT & SESAK NAFAS

Sejak tiga minggu lepas ayah sering semput dan sesak nafas.  Tak buat apa-apa, jalan sedikit saja beliau termengah-mengah.

Bila dibawa berjumpa doktor dan dilakukan pemeriksaan, ternyata jantung ayah sudah lemah dan paru-parunya juga sudah rosak.  Kata doktor amalan ayah merokok berat semasa mudanya itu memberi kesan ini.

Panjang lebar juga doktor memberi penerangan.  Tapi banyak terma perubatan.  Jadi tak ingat sangat.  Cuma yang mudah ingat rokok memang merosakkan organ-organ ayah.

Sekarang ayah diberi ubat.  Kata doktor itu lebih sebagai penahan.  Kami semua hanya mampu berdoa.

Monday, May 16, 2011

KHUSUS UNTUK GURU YANG DEDIKASI

Ramai guru-guru jujur kepada kerjaya mereka dan bekerja dengan penuh komitmen.  Mereka mendidik anak bangsa dan warganegara untuk menjadi anggota masyarakat yang berguna.

Kita wajip menyanjungi segala jasa guru.  Bukan kerana saya seorang guru.  Tetapi kerana komitmen kami untuk memberi khidmat terbaik.

Khusus untuk golongan seperti saya ini, harap berilah kami semangat dengan turut meraikan hari ini bersama kami.  Tentu kami akan rasa amat dihargai dan akan lebih bersemangat lagi.

Tuesday, May 10, 2011

TERMALAS LAGI

Banyak sangat huru-hara sejak akhir-akhir ni.   Jadi keliru rasanya.

Satu pihak kata macam ni.  Pihak yang lain pulak kata lain.  Sekejap arahan satu atasan begini.  Seorang atasan lain pula memberi arahan yang lain.  Naik pening kepala ni.

Sudahnya aku buat saja ikut suka sendiri.  Bila ditegur dan dimarah, aku diam saja.

Bila balik rumah pula aku kerja tengok TV dan tidur saja.  Suami pun dah komen, 'Apa hal ni?'

Selepas aku cerita pun dia tak faham juga.  Jadi biar sajalah.

Sunday, May 1, 2011

CUTI HARI PEKERJA

SELAMAT
HARI PEKERJA

Hari Pekerja kebanyakan orang tak bekerja.  Ramai pergi bercuti ke luar daerah, santai-santai bersama keluarga.


Roha pun nak ke pergi ke Taman berkelah bersama keluarga petang ini.  Taman mana tak tahu lagi sebenarnya!

Cuma bila anak-anak kata kita orang dah lama tak berkelah, rasa kasihan pula.  Jadi ni kita nak pergi duduk makan-makan di mana taman yang tak ramai sangat orang!