Tuesday, October 25, 2011

JIHAD KEPADA KEDUA IBUBAPA - DILEMA ANAK PEREMPUAN

Hari ini nak ikut mengisahkan cerita yang bersabit dengan agama pula.  Sebenarnya ini adalah rentetan peristiwa benar.  Seorang anak saudara perempuan tidak dapat menjaga ibubapanya yang sudah tua dan amat uzur hinggalah habis hayat mereka.

Beliau adalah seorang anak tunggal, tapi terpaksa patuh kepada suami yang bertugas di seberang lautan.  Tetapi kedua ibubapanya telah menganggapnya sebagai anak derhaka.  Sedihnya!

Kata ustaz dan pakar agama, sebagai anak, kita perlu menjaga hubungan dengan ibubapa dan memastikan sentiasa akrab walaupun apabila sudah dewasa dan mempunyai rumah tangga sendiri.  Isipatinya ialah jihad kepada ibubapa itu adalah dituntut.

Mengikut kata mereka perbuatan derhaka terhadap kepada ibubapa dilarang sama sekali.  Sesiapa yang menderhaka adalah berdosa besar.  Malah ada hadis Nabi saw yang menerangkan bahawa menderhaka kepada ibu bapa adalah dosa besar selepas syirik.

Kata mereka, menurut hadis nabi juga, orang yang derhaka kepada ibu tidak akan mencium bau syurga.  Sebagai menguatkan hujjah, dikisahkan cerita popular seorang lelaki bernama Alqamah, iaitu seorang yang kuat beribadat.  Semasa dalam nazak beliau tidak dapat mengucap syahadah kerana telah pernah menyinggung hati ibunya, akibat terlalu cintakan isterinya.

Ini yang menjadi dilema bagi anak perempuan.  Ramai orang menyalahkan anak perempuan yang tidak dapat mengikut kemahuan dan berbakti kepada ibubapa mereka.

Kalau orang yang cukup ilmu agama tentu juga tahu bahawa kewajipan utama isteri adalah kepada suami.  Bahkan telah ditegaskan bahawa Syurga isteri adalah atas redha suaminya yang soleh.

Suami yang soleh terlebih dahulu mesti menjadi anak yang soleh kerana itulah tuntutan dan keredhaan Illahi.  Jadi keutamaan mereka adalah kepada kedua ibubapa mereka.  Habis bagaimana suami yang soleh nak mengutamakan kemahuan dan tuntutan ibubapa isteri pada waktu yang sama?

Tuesday, October 11, 2011

TUNGGU KENYATAAN

Janji bajet yang diumumkan oleh PM melapangkan juga dada.  Kalau benar-benar dilaksanakan, adalah juga tambahan yang nyata.

Rasanya ramai kakitangan kerajaan memang mengharapkan kenaikan gaji yang berterusan setiap tahun tanpa had gaji maksima.  Begitu juga tambahan kepada increment tahunan adalah dialu-alukan.

Harap-harap ini bukan hanya sebagai umpan atau gula-gula.  Ramai menunggu ia menjadi kenyataan.