Mungkin juga kerana lama tak makan. Yang jelas, ikan bawal masak taucu seperti di gambar bawah ni sungguh terasa amat sedap sekali semalam.

BAWAL HITAM MASAK TAUCU
Bila makan dengan nasi panas-panas bersama ulam dan sambal memang terasa lebih sedap. Tambahan pula makan beramai-ramai dan berebut-rebut pulak.
Lagipun kakak ipar memang seorang yang jaguh masak. Apa-apa pun yang disediakannya mesti gerenti licin dalam masa yang sekejap saja.
Itulah yang orang selalu sebut sebagai air tangan agaknya. Seronoklah begitu!