Sunday, June 27, 2010

USAHA BAIK SEMARAKKAN ILMU

Kerajaan Selangor telah melakukan suatu aktiviti yang baik.  Mereka mengadakan Hari Ilmu dan Gerakan Membaca dalam hasrat menjadikan Selangor sebagai pusat mendapatkan ilmu.

Semoga usaha ini akan berterusan.  Sesuatu usaha murni yang dilakukan secara berterusan akan bantu membina tabiat membaca.  Bila kemudahan dan prasarana baik dan benar-benar mendukung, sudah pasti akan membuahkan hasil.  Rakyat akan berminat untuk membaca dan mencari ilmu.

DYMM Sultah Selangor, Sultan Sharafudin Idris Shah telah mencemar duli menyempurnakan Hari ilmu dan Gerakan Membaca Perdana di Taman Tasik Shah Alam.  Turut hadir ialah YAB Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim.

Saya amat tertarik dengan kata-kata Tan Sri Khalid di upacara berkaitan.  Beliau berkata bahawa kita boleh bersatu dengan ilmu, boleh berada di dalam aman serta boleh melakukan sesuatu demi kebaikan rakyat.

Thursday, June 24, 2010

Maya Sopan Bertudung

Saya berkenan pula melihat ketrampilan Maya Karin bertudung seperti di atas.  Comel nampaknya artis kacukan ini.

Gambar dia atas adala semasa dia hadir bersama suaminya di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan.  Apa alasan dan suaminya hadir di sana, samaada untuk mendaftar pernikahan atau pun penceraian, mereka lebih tahu.  Saya pun ta hendak membuat spekulasi.

Cuma pelek juga trend artis-artis kita.  Bila ke Mahkamah Syariah, mereka bertudung litup.  Selepas itu sudah dedah sana dan sini balik.  Sama juga mereka gaya yang pergi mengerjakan Umrah dan Haji.

Tak tahulah mereka ini anggap ini sebagai mengikut trend saja.  Atau apakah mereka mengikut watak seperti di dalam lakonan juga.

Monday, June 21, 2010

INTERNET BERMASAALAH

Waa letih betul dengan internet ni. Sejak semalam meragam pulak.  Macam-macam jadi, pening kepala dibuatnya.

Hari ni berlalu tanpa dapat buat N3 bersempena hari bapa.  Nak buat macam mana.  Saya ucapkan secara terlewat la.  SELAMAT HARI BAPA.

Ini dia orang tengah tengok Piala Dunia.  Bising berlawan komen anak-beranak.  Habis anak-anak  minta buatkan teh tarik, dan bapanya pula nak kopi.  Jadi tea-lady la saya.

Tapi selepas ni nak kena pergi tidur juga.  Esok sekolah dah buka semula.  Hari pertama selepas cuti biasanya jam teruk.  Jadi kenalah keluar awal.

Monday, June 14, 2010

LEPAK-LEPAK BERCUTI

Minggu lepas dapat juga balik kampung selama lima hari.  Semalam dah balik semula menjadi seorang 'alien' di Selangor ini.  Nak buat macam mana lagi sebab dah suami kerja di sini.  Anak-anak pun dah jadi orang Selangor semuanya sejak lahir lagi.

Semasa ditawarkan berkursus tempuhari, saya tolak kerana suami kata nak balik kampung lama sikit.  Tetapi tetiba beliau pula yang tak boleh bercuti lama.  Dah la saya terkebil-kebil sendiri di rumah ni.

Nak berkebun, tanah halaman rumah ada la sebesar sekangkang kera saja.  Anak-anak ajak pergi 'bowling' bersama mereka, tapi saya memang tak minat sangat pun.

Jadi saya  lepak-lepak sajalah bercuti di rumah ni.  Nak masak yang best-best pun, saya tak pandai sangat.  Jadi layan jugalah menengok TV.  Di antara waktu lapang tu, layan tengok CDs la pulak. :)

Kemudian dah ada banyak masa lapang, saya tukarlah wajah blog juga.  Saja je ikut mencuba-cuba kosmetik-kosmetik baru yang di tawarkan.  Nampak terang ye?  Mula tadi dah cuba 'pink' tapi tak sesuai pula rasanyer!  Jadi biar saja dengan wajah ini!

Saturday, June 12, 2010

SAMAN RM 1 JUTA

Finalis Raja Lawak Musim Pertama, Mohd Yazid Lim atau lebih dikenali sebagai Johan yang sekarang merupakan seorang pelawak, pelawak dan pengacara berjaya telah mengemukakan saman RM1 juta kepada pengarah dan produksi produksi drama yang menyebabkan kecederaan di mukanya dalam pergaduhan yang berlaku pada 11 Mei lalu.  Johan telah menghantar surat tuntutan kepada pihak berkenaan melalui peguamnya kelmarin.

Kenyataan mengenai ini dikeluarkan di satu sidang media bersama Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) semalam. Hadir sama pada sidang media khas itu, Presiden Seniman, Harun Salim Bachik.

Johan berkata dia mengambil tindakan undang-undang berikutan insiden itu selepas mendapat nasihat peguamnya, selain sokongan diterima daripada Seniman.  Katanya tindakannya adalah sebagai pembelaan atas apa yang dilakukan oleh pihak terbabit kepadanya dan sebagai peringatan kepada pengarah lain supaya mereka tidak bertindak sesuka hati kepada pelakon.

“RM1 juta itu hanya syarat. Apa yang utama ialah kesedaran di pihak pengarah dan hak saya untuk mendapat pembelaan atas maruah diri. Bukan saja saya yang cedera akibat dibaling gelas tetapi isteri, Rozlinawaty Ismail (Ozlyn Wati), juga dikasari apabila ditendang," jelas Johan seperti yang ditayangkan melalui program Gala TV di siaran Astro.

Pada pandangan saya, ini satu tindakan yang baik.  Nampaknya Seniman juga lebih aktif untuk bertindak di landasan yang betul membantu ahli-ahlinya di dalam hal-hal yang membabitkan nasib dan masa depan mereka.

Tuesday, June 8, 2010

BILA SUDAH AJAL

Tahap kesedaran dan tanggung-jawap sosial di kalangan rakyat kita masih meleset.  Lihat saja kepada bagaimana seorang wanita telah mati terbakar hidup-hidup kerana pekerja di stesyen minyak tidak mahu meminjamkan pemadam api.

Sebelum itu berlaku pelanggaran berdekatan Jalan Loke Yew di awal dinihari.  Kejadian itu melibatkan tiga buah kereta, Toyota Vios, sebuah lori dan kereta Myvi yang dipandu oleh mangsa.

Saksi kejadian yang berada di tempat kejadian melihat mangsa yang terperangkap di dalam keretanya.  Dia kemudian pergi untuk mendapat pertolongan dari stesyen yang berdekatan.  Malangnya pekerja-pekerja di situ dikatakan telah patuh kepada arahan majikan supaya tidak membuka pintu selepas tengah malam.

Begitulah takdirnya.  Bila ajal sudah tiba, manusia berkenaan tetap akan mati juga.  Mangsa dikatakan seorang penuntut dari Sarawak.

Friday, June 4, 2010

GURU SESAT!

Saya sedih mendengar berita tentang dua orang guru yang di tahan kerana memiliki dadah di rumah di Shah Alam.  Jika terbukti benar, ternyata guru-guru sudah jauh tersasar dan sesat.  Bagaimana boleh menjadi guru?

Peristiwa penangkapan itu berlaku pada waktu tengah hari semalam.  Saya petikkan berita berkenaan di bawah:
Dua guru sebuah sekolah di daerah ini bakal berdepan hukuman gantung mandatori jika didapati bersalah selepas polis yang menahan mereka menemui dadah di sebuah rumah teres setingkat di Seksyen 15 di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari, sepasukan polis Cawangan Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam yang menerima maklumat berhubung aktiviti pengedaran dadah menyerbu rumah berkenaan sebelum menahan empat lelaki termasuk dua guru terbabit.

Hasil pemeriksaan polis merampas lapan botol ubat batuk seberat 14.8 liter, 2,200 pil pelbagai jenis yang belum dikenal pasti dan 10 pil kuda yang disimpan di dalam rumah itu. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Selangor, Asisten Komisioner Nordin Kadir, berkata ketika serbuan, suspek terbabit enggan memberi kerjasama dan berdiam diri walaupun anggota polis mengetuk pintu rumah itu bertalu-talu.

Dua guru sekolah kebangsaan yang ditahan berusia 39 dan 28 tahun manakala dua lagi lelaki yang bekerja sebagai pemandu dan kelindan lori berusia 20 dan 28 tahun .... Semua suspek terbabit direman bermula semalam hingga 9 Jun ini dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan Seksyen 12 (2) Kanun Keseksaan.
Memang peristiwa sedih yang amat mengecewakan.  Sepatutnya saringan lebih ketat dilakukan semasa proses pemilihan calun guru.  Saya menyokong jika kaki-tangan awam diwajipkan menjalani pemeriksaan dari masa ke semasa untuk mengelakkan perkara yang seumpama ini berlaku.

Tuesday, June 1, 2010

KEKEJAMAN ZIONIS BERTERUSAN

Satu dunia kebanyakkannya mencintai keamanan dan mengutuk kekjaman.  Jelas regim Israel memang berhati binatang dan kejam. 

Serangan mereka ke atas kapal misi khas yang aman, Mavi Marmara, menunjukkan rupa dan sikap sebenar regim zionis.  Manusia yang tidak permusuhan dengan mereka pun diserang dengan kejam.

Kita sama-sama kutuk perbuatan yang tidak berperi kemanusiaan ini.  Semoga mereka terus terlaknat dan akan binasa, amin!