Monday, June 14, 2010

LEPAK-LEPAK BERCUTI

Minggu lepas dapat juga balik kampung selama lima hari.  Semalam dah balik semula menjadi seorang 'alien' di Selangor ini.  Nak buat macam mana lagi sebab dah suami kerja di sini.  Anak-anak pun dah jadi orang Selangor semuanya sejak lahir lagi.

Semasa ditawarkan berkursus tempuhari, saya tolak kerana suami kata nak balik kampung lama sikit.  Tetapi tetiba beliau pula yang tak boleh bercuti lama.  Dah la saya terkebil-kebil sendiri di rumah ni.

Nak berkebun, tanah halaman rumah ada la sebesar sekangkang kera saja.  Anak-anak ajak pergi 'bowling' bersama mereka, tapi saya memang tak minat sangat pun.

Jadi saya  lepak-lepak sajalah bercuti di rumah ni.  Nak masak yang best-best pun, saya tak pandai sangat.  Jadi layan jugalah menengok TV.  Di antara waktu lapang tu, layan tengok CDs la pulak. :)

Kemudian dah ada banyak masa lapang, saya tukarlah wajah blog juga.  Saja je ikut mencuba-cuba kosmetik-kosmetik baru yang di tawarkan.  Nampak terang ye?  Mula tadi dah cuba 'pink' tapi tak sesuai pula rasanyer!  Jadi biar saja dengan wajah ini!

6 comments:

  1. Salam Roha.
    Aduhduhduh! Terang benderang bagai hari tengah rembang! Hehe.

    ReplyDelete
  2. Aslmkm.
    Hmmm .. ni ala-ala pink + orange .. OK le tu!

    ReplyDelete
  3. Salam.
    Cantik ala kewanitaan! Hehe.

    ReplyDelete
  4. Salam Roha.
    Hmmm .. menarik warna & coraknya!

    ReplyDelete
  5. Aslmkm.
    Hmmm seronok juga bunyinya! Design baru & kombinasi warna pun menarik. :)

    ReplyDelete