Sunday, June 27, 2010

USAHA BAIK SEMARAKKAN ILMU

Kerajaan Selangor telah melakukan suatu aktiviti yang baik.  Mereka mengadakan Hari Ilmu dan Gerakan Membaca dalam hasrat menjadikan Selangor sebagai pusat mendapatkan ilmu.

Semoga usaha ini akan berterusan.  Sesuatu usaha murni yang dilakukan secara berterusan akan bantu membina tabiat membaca.  Bila kemudahan dan prasarana baik dan benar-benar mendukung, sudah pasti akan membuahkan hasil.  Rakyat akan berminat untuk membaca dan mencari ilmu.

DYMM Sultah Selangor, Sultan Sharafudin Idris Shah telah mencemar duli menyempurnakan Hari ilmu dan Gerakan Membaca Perdana di Taman Tasik Shah Alam.  Turut hadir ialah YAB Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim.

Saya amat tertarik dengan kata-kata Tan Sri Khalid di upacara berkaitan.  Beliau berkata bahawa kita boleh bersatu dengan ilmu, boleh berada di dalam aman serta boleh melakukan sesuatu demi kebaikan rakyat.

3 comments:

  1. Aslmkm.
    Segala yang baik harus di sokong. Yang mungkar pula dijauhkan!
    Semoga ilmu yang baik dimanafaatkan sebaik mungkin.

    ReplyDelete
  2. Wkmslm kak G.
    Terima kasih banyak kerana sentiasa memberi sokongan.

    ReplyDelete
  3. Aslmkm.
    Lalu jer ler. :)

    ReplyDelete