Thursday, July 1, 2010

BERPEMIKIRAN PRIMITIF JAHILIYYAH

Berita tentang tiga anak gadis sunti menjadi mangsa nafsu buas bapa sendiri setiap malam secara bergilir-gilir memang menyedih dan menjengkelkan.  Namun kita harus akui bahawa ini bukan gejala baru.

Sejak dulu lagi perempuan menjadi mangsa nafsu buas lelaki di luar ikatan nikah.  Bapa makan anak, abang makan adik dan pelbagai sumbang mahram berlaku.

Ini adalah kerana ahli masyarakat berkenaan berkenaan kebanyakannya berpemikiran primitif ala zaman jahiliyyah.  Mereka samaada duduk di ceruk kampung atau kawasan pendalaman.  Memang ada segelintir yang duduk di kawasan bandar tetapi mereka juga tidak terdedah kepada sistem pelajaran yang sempurna.

Kasihan kepada yang menjadi mangsa.  Kita harapkan semoga pihak berkuasa membuat pemantauan di kawasan-kawasan yang bercirikan zaman primitif.

3 comments:

  1. Aslmkm ROHA.
    Yang jelas & terserlah: bila ilmu tak kesampaian iman amat rapuh & goyah. Terjadi gejala kerana tiada kawalan awal & kemudiannya menular menjadi barah yg parah!

    ReplyDelete
  2. Salam kak G.
    Hehe, saya pun ikut tengok bola bersama suami & anak2 - argentina kena belasah oleh jerman 0-4.
    Terima kasih kerana berkongsi tentang bebuas .. saya pernah dengar tapi tak pernah tengok.
    Nanti nak beritahu kawan sbb dia merungut tak ada air susu. TK ya kak G.

    ReplyDelete
  3. Aslmkm.
    Lalu jer ler. :)

    ReplyDelete