Thursday, July 22, 2010

MALANG SEORANG IBU

Mungkin ramai sudah membaca berita di Metro yang bertajuk 'Nasib ibu Si Tanggang' yang disiarkan hari ini.  Saya hanya sekadar terfikir saja nasib ibu malang ini.  Di waktu yang sama saya teringat kuliah dan syarahan agama tentang kewajipan ibu bapa dan anak-anak.  Kemudian saya teringat apa yang Datin Doktor Fauziah menulis di blognya beberapa hari lepas.

Memang benar apa yang diberitakan adalah suatu cerita sedih.  Tapi di waktu yang sama melihat kepada suasana di mana ibu dan anak-anak berada semasa proses pembesaran anak-anak berkenaan.

Saya rasa kurang tepat jika kita menyamakan dengan si Tanggang yang durhaka kepada ibunya.  Ibu Tanggang ialah seorang miskin melarat tetapi membesarkan anaknya dengan penuh kasih sayang dan perhatian.  Cuma harta kekayaaan materialis yang ibunya tak punya.

Nampak situasi siibu ini tak sama.  Situasi dan keadaannya saja sudah jauh berbeza.  Anak sulung seperti terbiasa dengan hidup yang agak selesa.  Ibunya kahwin lagi tak lama selepas ayahnya meninggal.  Bagi seorang anak itu adalah satu pengkhianatan.  Si bapa tiri juga tidak bertanggung-jawap.  Kesan emosi pasti ada.

Kita tidak tahu cerita seluruhnya.  Jadi tidak adil untuk kita menyalahkan anak sepenuhnya.  Seperti kata Kak G, sebelum menuntut hak, seorang mesti menunaikan kewajipannya dahulu.  Kita tidak tahu samaada itu benar-benar telah dilaksanakan.

2 comments:

  1. Salam Roha.
    Ya tidak adil untuk terus menghukum.
    Tapi kalau semua bertanggung-jawap, tentu tak begitu jadinya kan?

    ReplyDelete
  2. Aslmkm.
    Semoga kita dijauhkan musibah seperti ini, amin!

    ReplyDelete