Tuesday, June 8, 2010

BILA SUDAH AJAL

Tahap kesedaran dan tanggung-jawap sosial di kalangan rakyat kita masih meleset.  Lihat saja kepada bagaimana seorang wanita telah mati terbakar hidup-hidup kerana pekerja di stesyen minyak tidak mahu meminjamkan pemadam api.

Sebelum itu berlaku pelanggaran berdekatan Jalan Loke Yew di awal dinihari.  Kejadian itu melibatkan tiga buah kereta, Toyota Vios, sebuah lori dan kereta Myvi yang dipandu oleh mangsa.

Saksi kejadian yang berada di tempat kejadian melihat mangsa yang terperangkap di dalam keretanya.  Dia kemudian pergi untuk mendapat pertolongan dari stesyen yang berdekatan.  Malangnya pekerja-pekerja di situ dikatakan telah patuh kepada arahan majikan supaya tidak membuka pintu selepas tengah malam.

Begitulah takdirnya.  Bila ajal sudah tiba, manusia berkenaan tetap akan mati juga.  Mangsa dikatakan seorang penuntut dari Sarawak.

2 comments: