Saturday, June 12, 2010

SAMAN RM 1 JUTA

Finalis Raja Lawak Musim Pertama, Mohd Yazid Lim atau lebih dikenali sebagai Johan yang sekarang merupakan seorang pelawak, pelawak dan pengacara berjaya telah mengemukakan saman RM1 juta kepada pengarah dan produksi produksi drama yang menyebabkan kecederaan di mukanya dalam pergaduhan yang berlaku pada 11 Mei lalu.  Johan telah menghantar surat tuntutan kepada pihak berkenaan melalui peguamnya kelmarin.

Kenyataan mengenai ini dikeluarkan di satu sidang media bersama Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) semalam. Hadir sama pada sidang media khas itu, Presiden Seniman, Harun Salim Bachik.

Johan berkata dia mengambil tindakan undang-undang berikutan insiden itu selepas mendapat nasihat peguamnya, selain sokongan diterima daripada Seniman.  Katanya tindakannya adalah sebagai pembelaan atas apa yang dilakukan oleh pihak terbabit kepadanya dan sebagai peringatan kepada pengarah lain supaya mereka tidak bertindak sesuka hati kepada pelakon.

“RM1 juta itu hanya syarat. Apa yang utama ialah kesedaran di pihak pengarah dan hak saya untuk mendapat pembelaan atas maruah diri. Bukan saja saya yang cedera akibat dibaling gelas tetapi isteri, Rozlinawaty Ismail (Ozlyn Wati), juga dikasari apabila ditendang," jelas Johan seperti yang ditayangkan melalui program Gala TV di siaran Astro.

Pada pandangan saya, ini satu tindakan yang baik.  Nampaknya Seniman juga lebih aktif untuk bertindak di landasan yang betul membantu ahli-ahlinya di dalam hal-hal yang membabitkan nasib dan masa depan mereka.

1 comment: