Thursday, October 21, 2010

BILA IKUTAN GHAIRAH

Gara-gara ikutan ghairah dengan rhetorik 1Malaysia, syarikat iklan telah cuba membayangkan hari raya menjadi 1Raya.  Mereka menggabungkan unsur Kristian dan Hindu serta Buddha dalam iklan yang disiarkan di TV3 menjelang Hari Raya tempuhari.  Ekoran itu TV3 telah didenda sebanyak RM50,000 iaitu denda maksimum selepas didapati bersalah menyiarkan iklan yang didapati menghina Islam.

Kenyataan ini telah dibentangkan oleh Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Joseph Salang Gandum dalam sesi soal jawab di Parlimen.  Mengikut kenyataan itu pihaknya telah selesai membuat penyiasatan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia ekoran bantahan terhadap iklan itu.  Ia disiasat di bawah Seksyen 206(3) akta AKM dan mereka telah memutuskan mengenakan hukuman maksima iaitu RM50,000 atas kesalahan itu.

Geli hati juga saya dengan berita ini.  Banyak sangat orang yang mudah terpengaruh dan ikutan hanya kerana usul itu dibuat oleh PM.  Pada halnya, masyarakat Malaysia sejak dulu lagi hidup harmonis.  Hanya bila diapi-apikan dengan sentimen perkauman, mereka mula sangsi tentang keikhlasan kaum lain.

7 comments:

  1. Salam Roha.
    Itu la yg sering terjadi! Ghairah & gah sana sini!

    ReplyDelete
  2. Salam Roha.
    Itulah, orang tetap mewah, yg ikutan tak pasal2 rebah! Kah3!

    ReplyDelete
  3. Aslmkm.
    :) Resam dunia begitu la!
    Tapi lebih bijaksana & baik kita berpegang kepada prinsip yg beteraskan iman & taqwa.

    ReplyDelete
  4. Salam Roha.
    Mereka pula jawap:
    "Tak apa2 sikit saja!"

    ReplyDelete
  5. salam, itule jika rase diri dah pandai, buat sesuatu tu tak rujuk pihak yg berkenaan...dah buat baru le sedar... tq krn sudi follow http://nketuapkr-lenggong.blogspot.com/

    ReplyDelete
  6. Salam ziarah.
    Jika berlebih ampu, terikut keliru/merapu!

    ReplyDelete
  7. Salam Roha.
    Itu la dia!
    Tak habis nak bodek!

    ReplyDelete