Saturday, April 23, 2011

PEMINTA SEDEKAH YANG MEWAH

Nampaknya semakin banyak warga kita dan warga asing seperti terus terangsang untuk menjadi peminta sedekah.  Pendapatan sebagai seorang peminta sedekah memang lumayan.

Ada dua sebab utama yang membuatkan lebih ramai tertarik untuk bermalasan dan hidup sebagai pengemis dan peminta sedekah ini.  Pertamanya penguatkuasaan di Malaysia lemah.  Sementara itu orang Malaysia pula pemurah.

Kerja menjadi peminta sedekah itu amat mudah.  Pergi menghulur tangan di tempat-tempat di mana orang berada atau pun duduk saja di tempat laluan orang ramai.  Ada yang berlakon buta, atau sebagai ibu muda beranak kecil.

Peminta canggih pun ada.  Mereka datang ke tempat-tempat makan dan menyanyi beberapa lagu sambil bermain alat muzik.

Sering kelihatan peminta sedekah datang dan balik dengan teksi.  Malah ada yang dihantar kereta.  Kereta pun banyak yang berjenama import.

10 comments:

  1. Salam Roha.
    Ya la. Kerja membanting tulang & memerah otak, gaji ciput .. jenuh jaga budget!

    ReplyDelete
  2. Salam Roha.
    Betul! Kerja senang, pendapatan lumayan!

    ReplyDelete
  3. Aslmkm.
    Ya, kenyataan tu!
    Kak G tahu ada yang ada rumah sendiri yang lumayan juga.
    Begitu banyak kelemahan manusia.
    Semoga kita sentiasa dipelihara. Amin.

    ReplyDelete
  4. Salam ziarah.
    Tak tahu la .. seperti Malaysia lebih menjaga mereka pula!

    ReplyDelete
  5. Salam kenal.
    Tq kerana ikut saya. Saya ikut balik.
    Aduh! Mereka ada banyak duit la .. saya selalu pokai!

    ReplyDelete
  6. Salam Roha.
    Dosa ditolak ke tepi. Rezeki tak berkat kerana menipu!

    ReplyDelete
  7. Salam.
    Aduh1 Senangnyer cari makan!
    Tapi kan berdosa menipu!

    ReplyDelete
  8. Aslmkm.
    Waa, senang nya nak senang. Maruah tergadai & dosa tak kira!

    ReplyDelete
  9. Salam Roha.
    Menipu memanjang .. tak berkat rezeki tu!

    ReplyDelete
  10. Salam Roha.
    Memang mereka lebih mewah!

    ReplyDelete