Friday, May 27, 2011

SERING SEMPUT & SESAK NAFAS

Sejak tiga minggu lepas ayah sering semput dan sesak nafas.  Tak buat apa-apa, jalan sedikit saja beliau termengah-mengah.

Bila dibawa berjumpa doktor dan dilakukan pemeriksaan, ternyata jantung ayah sudah lemah dan paru-parunya juga sudah rosak.  Kata doktor amalan ayah merokok berat semasa mudanya itu memberi kesan ini.

Panjang lebar juga doktor memberi penerangan.  Tapi banyak terma perubatan.  Jadi tak ingat sangat.  Cuma yang mudah ingat rokok memang merosakkan organ-organ ayah.

Sekarang ayah diberi ubat.  Kata doktor itu lebih sebagai penahan.  Kami semua hanya mampu berdoa.

5 comments:

  1. Salam Roha.
    Belum tua sangat tu .. kira2 muda juga selepas pencen.
    Now jaga dari bertamabh teruk saja la.

    ReplyDelete
  2. Salam Kak Raisa.
    Itu la kita disarankan menjaga kesihatan.

    ReplyDelete
  3. Salam Roha.
    Memang benar. Bak kata orang, sudah terantuk baru tengadah.

    ReplyDelete
  4. Aslmkm.
    1st, maaf ya kerana berlapis waktu baru dapat ke sini.
    Ya, memang kita harus menjaga kesihatan. Tapi lazimnya kita selalu lalai.

    ReplyDelete