Tuesday, August 3, 2010

PERISTIWA MENAKUTKAN

Tiba-tiba saja kita dikejutkan dengan peristiwa yang tidak disangka-sangka.  Apa yang berlaku kepada bekas Adun Permatang  yang ditemui mati dengan kesan tembakan itu adalah satu peristiwa yang menakutkan.

Bekas Adun ini diberitakan ditemui mati bersama seorang wanita di dalam kenderaan mereka naiki di Sungai Buloh hari ini.  Mengikut Ketua Polis Selangor, siasatan awal polis mendapati terdapat kesan tembakan di kepala kedua-dua mangsa.

Kenyataan polis juga memberitahu bahawa mereka menemui sepucuk pistol di dalam kereta yang di naiki mangsa itu.  Tembakan kepada mangsa pula dikatakan dilepaskan dari bahagian dalam kenderaan berkenaan.

Tentulah pelbagai spekulasi dan andaian yang dibuat oleh orang ramai.  Tetapi biar apapun hasil siasatan itu, selain mangsa, hanya Allah SWT saja yang Maha Mengetahui segalanya.

Mengikut polis, wanita yang bersama dengan Adun itu ialah pembantu peribadinya.  Polis masih menjalankan siasatan lanjut berhubung punca kejadian.

3 comments:

  1. Aslmkm.
    Itu hanya satu dari jutaan episod drama hidup di dunia ini. Peristiwa seperti jadikan sebagai sempadan. Semoga kita sentiasa mendapat keredhaan Allah SWT. Amin.

    ReplyDelete
  2. Salam Roha.
    Bukan mudah menjaga keimanan diri!

    ReplyDelete
  3. Salam Roha.
    Kita usahakan lakukan yg terbaik .. memang tak mudah!

    ReplyDelete