Sunday, September 19, 2010

APA PUNYA PROGRAM RAYA

Selepas berhari raya bersama kaum keluarga dan sanak saudara di kampung, kita pulang ke tempat tinggal kita.  Dah balik di rumah tu adalah banyak masa terluang untuk menonton program-program raya di TV.

Sudah beberapa hari saya menonton siaran TV.  Banyak juga siaran yang diulang tayang kembali berkali-kali.

Rasa menjengkelkan bila banyak pula siaran yang berunsur tahyul.  Cerita hantu dan tahyul adalah seperti Susuk, Congkak, dan Jangan Pandang Belakang.  Bukan sekali tayangan saja, malah diulang tayang pula.

Apa punya program Raya yang begini?  Cerita-cerita ini tidak menghiburkan dan tidak langsung bersifat membina.  Jika tujuannya ialah untuk memberi kesedaran tentang ujudnya perkara-perkara ini, mengapa pula memilih masa Raya.

Menteri yang berkenaan tidak pula memberi peringatan tentang kesan negatif dari unsur tahyul yang disiarkan melalui media elektronik di Raya tahun ini.  Sepatutnya semua stesyen-stesyen TV diberi amaran supaya menarik balik program seperti ini.  Tak ada apa baiknya pun!

7 comments:

  1. salam ziarah,

    macam nak meraikan kepulangan hantu syaitan yang terpenjara pulak ye hehe..

    ReplyDelete
  2. Aslmkm.
    Ya, sesuka hati mereka jer!
    Di Malaysia kita ni, pengguna hampir tidak punyai pilihan!

    ReplyDelete
  3. Salam ziarah.
    Mereka dah naik hantu tahyul!

    ReplyDelete
  4. Salam Raya.
    Itu la .. program hantu raya namanya!!

    ReplyDelete
  5. Salam Aidilfitri.
    Maaf zahir batin.
    Mereka semua nak orang ramai naik hantu! Hehe.

    ReplyDelete
  6. Salam Roha.
    Ya la .. sampai minggu ni tak habis2 pusingan ulang tayang .. naik sebal dibuatnya!

    ReplyDelete
  7. Aslmkm.
    Program hantu, kerana ramai dah jadi hantu & naik hantu! Hehe.

    ReplyDelete