Sunday, September 5, 2010

ORANG YANG MURAH HATI

Rasulullah SAW dalam beberapa dialognya dengan Saidina Ali RA amat menekan tentang pentingnya sifat bermurah hati.  Orang yang bermurah hati amat dikasihi Allah SWT.

Banyak sabda-sabda Baginda dalam beberapa insiden yang menunjukkan berapa tingginya darjat orang yang bermurah hati.  Begitu juga sebaliknya jika seseorang itu kedekut dan kikir.  Antara sabda Baginda yang bersabit dengan isu ini ialah seperti berikut:
"Orang yang bermurah hati hampir kepada Allah, hampir kepada rahmatnya, jauh daripada siksaNYA.  Adapun orang yang kikir, bakhil, jauh daripada Allah, jauh daripada rahmatNYA, hampir kepada siksaNYA."
 "Aku melihat tertulis di atas pintu Syurga: 'Engkau diharamkan terhadap orang yang kikir, orang yang derhaka kepada ibu-bapanya, dan orang yang mengadu-domba orang.' "
"Buatlah kebajikan/sedekah walau terhadap orang yang rendah! (Rasulullah SAW menerangkan bahawa orang yang rendah itu ialah mereka jika diberi peringatan tidak mahu menerima, jika dilarang tidak mahu tunduk, dan mereka tidak memperdulikan apa yang dia katakan dan apa yang dikatakan orang terhadapanya!)"
Allah SWT juga telah mengingatkan tentang perkara ini di dalam Al Quran.  Berkali-kali Allah berfirman bahawa sedekah itu mesti dititikberatkan dan mesti dilakukan dengan ikhlas.

Dalam beberapa hari sisa bulan Ramadhan ini, marilah kita menjurus ke arah menjadi orang yang bermurah hati.  Semoga kita mendapat kebajikan dunia dan akhirat.

6 comments:

  1. Salam Roha.
    Memang jelas & nyata ini dituntut!

    ReplyDelete
  2. Aslmkm.
    Kata orang yang bermurah hati & ikhlas berseri wajahnya!

    ReplyDelete
  3. Salam ziarah.
    Berbuat baik dan keikhlasan asas penting .. bahagia dunia akhirat!

    ReplyDelete
  4. Aslmkm.
    Ya, berbuat baiklah ikhlas kerana Allah SWT. Itu yang terbaik!

    ReplyDelete
  5. salam ziarah dari saye...
    Selamat bergembira bersama keluarga tersayang dgn ucapan `SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI MAAF ZAHIR BATIN’.

    ReplyDelete
  6. Salam Roha.
    Selamat Hari Raya Aidilfitri.
    Maaf zahir batin.

    ReplyDelete