Tuesday, January 11, 2011

CUBA BERJAMU

Akhir-akhir ni Roha cepat sangat rasa penat.  Naik turun tangga saja tercungap-cungap.  Bila cepat letih, wajah pun nampak seperti cengkung saja.

Roha pun beranikan diri bertanya secara peribadi kepada Kak G.  Ini kerana Roha dah ikut petua beliau untuk hilangkan lengoh-lengoh, sengal dan bisa akibat terlebih membebankan badan.  Memang berkesan, tapi penat tu masih ada.

Kak G sudah bermurah hati memberi satu petua yang amat berkesan.  Oleh kerana beliau belum lagi berkongsi petua berkenaan, Roha telah minta izinnya untuk buat N3 ini dan berkongsi petuanya.  Kak G dengan senang hati memberi persetujuannya.

Petua Kak G:

10 genggam cekur
1 genggam beras
1/2 genggam halia bara/halia tua
1/2 genggam bunga cengkih
1/2 genggam kulit kayu manis
1 sudu teh lada hitam
1 buku kunyit hidup besar
2 - 3 sudu besar madu lebah (sebolehnya yang segar)
asam jawa sebesar bola pingpong
3 liter air
  • Cuci bersih cekur, beras, halia, bunga cengkih, kulit kayu manis, lada hitam dan kunyit hidup secara berasingan.  Tuskan/jemur sekejap.
  • Goreng beras tanpa minyak hingga kekuningan.  Tumbuk/kisar halus.
  • Sangai cekur, halia, kunyit, bunga cengkih, kulit kayu manis dan lada hitam sekejap.
  • Masukkan bahan sangai ke dalam beras dan tumbuk/kisar lagi hingga menjadi sebati dan halus.
  • Bersihkan asam jawa.  Perahkan patinya dengan sedikit air.  Tapis ke dalam air.  Masak hingga mendidih.  Biarkan mengelegak selama anggaran 10 minit lagi.  Sejukkan.
  • Campur semua bahan dan goncang/kacau.
  • Masukkan ke dalam bekas bertudung dan simpan di dalam peti sejuk.
  • Minum 1 gelas sehari.  Goncang/kacau setiap kali hendak di minum.

7 comments:

  1. Aslmkm.
    :) Bagus la panjangkan ilmu.

    ReplyDelete
  2. Salam Roha.
    Wah gitu! Thanks 2 Datin.
    Saya nak cuba juga la.

    ReplyDelete
  3. Salam Roha.
    Petua & ilmu amat berharga ni!
    Saya kenal Datin Dr Fauziah; beliau memang tak lokek orangnya.

    ReplyDelete
  4. Salam Roha.
    Waa .. petua kak G ya?
    Nak cuba juga la!

    ReplyDelete
  5. Salam Roha.
    Kak is great! Betul la!
    Bila beliau bagi ni?
    I pun nak try la.

    ReplyDelete
  6. Aslmkm.
    Petua baik dari seorang yang memang jelas baik.
    Ddrfauziah ada misi kan? Bid pun suke padanya!
    Nanti Bid cuba juga la.

    ReplyDelete
  7. Salam ziarah.
    Ya betul betul!
    Memang petua baik.

    ReplyDelete