Friday, May 21, 2010

FINALIS AMERICAN IDOL

American Idol memang kegemaranku sejak beberapa tahun, sejak Fantasia menjadi juara.  Rasanya itu tahun ketiga.  Sekarang dah musim kesembilan.  Lama program bertahan kerana ia memang menarik minat ramai orang.  Ia bukan saja popular di Amerika, tapi orang bukan Amerika seluruh dunia pun gemar pertandingan ini.

Hari ini diumumkan dua finalis untuk American Idol musim ke 9 ini.  Mereka ialah Lee Dewyze dan Crystal Boursox.  Lee Dewyze adalah pilihanku.




Lihatlah rupa Lee Dewyze seperti gambar dari website American Idol ini.  Wajahnya melambangkan seorang yang berperwatakan baik dan jujur.  Latar belakangnya adalah dari golongan bawahan.  Tetapi beliau juga merupakan seorang yang berbudi tinggi.

Segala ciri-ciri itu jelas terserlah sepanjang masa dari seawal pusingan saringan awal American Idol ke 9 ini lagi.  Apabila  diumumkan sebagai finalis tadi, beliau nampak ikhlas bersyukur dan gembira.

Saya mendoakan semoga beliau akan menjadi juara sebagai American Idol musim ini pada  acara kemuncak final di minggu hadapan.

6 comments:

  1. Salam.
    Fanatik American Idol le ni ye? Saya pun suka Lee juga .. nampak humble & jenis yg berterima kasih sgt! Harap dia menang.

    ReplyDelete
  2. Aslmkm.
    Laa .. AF tak suka ke? Tp standard Amerika mmg amat tinggi, & program American Idol ni mmg menghiburkan! Saya berkenan juga dgn pilihan ni .. hensem menawan! Hehe!

    ReplyDelete
  3. Aslmkm.
    Ehhhhh, selera kita sama! Hehehe.

    ReplyDelete
  4. Aslmkm.
    Aduhduhduh .. hensemnyer! Boleh lihat, pandang & dengar! Hehe.

    ReplyDelete
  5. Salam.
    Wah! Ini kira semua tergoda kerana dik rupa & suara la! Kah3 hehe.

    ReplyDelete
  6. Aslmkm.
    Mmg hemsem! Hehe. Shahir juara AF8 pun boleh tahan juga! :)

    ReplyDelete