Wednesday, May 12, 2010

HARI IBU HARI-HARI

Mungkin ada orang akan kata saya tidak sensitif.  Tetapi saya mungkin antara sebilangan wanita-wanita lain yang mempunyai pandangan sendiri tentang isu berkaitan.

Saya dilahirkan dalam keluarga yang tidak pernah merayakan Hari Ibu.  Ibu hanya seorang suri rumah dan ibunya juga begitu.  Ramai rakan kawan pun tidak tahu tentang hari yang dikhaskan untuk mereka.  Jadi mereka tidak merasa mereka tidak dihargai hanya gara anak-anak tidak mengucapakan 'Selamat Hari Ibu' seperti generasi sekarang ini.

Kepada saya jika hanya satu hari sahaja anak-anak terpanggil untuk menghargai ibu-ibu, maka segalanya adalah tersasar.  Ibu terlalu penting dan relevan kerana bagi setiap anak-anak lelaki, kunci Syurga ada pada ibu mereka.  Jika mereka menghargai isteri melebihi ibu sendiri, perbuatan itu boleh membawa mereka ke Neraka.  Begitu juga jika isteri mahu suami memberikan perhatian lebih kepadanya dari kepada ibu suami, dia turut berdosa kerana telah membiarkan satu dosa besar berlaku.

Jadi saya lebih selesa bila setiap hari itu kita insaf tentang kewajipan terhadap ibu-ibu kita masing-masing.  Suami wajip mengasihi ibu mengatasi sayang kepada isteri; sementara isteri pula wajip mendukung supaya suaminya adalah seorang anak yang soleh.  Itu akan menjamin Syurga untuk semua.

3 comments: