Saturday, May 8, 2010

KENDURI! KENDURI!

Minggu ini saya ada beberapa jemputan kenduri yang semuanay tidak berapa jauh sangat dari rumah.  Tapi suami kata nak pergi tiga pada hari ini dan empat pada esok hari.

Salah seorang kawan pula minta tolong membantunya membuat hantaran.  Jadi sibuk jugalah seminggu ini.  Banyak masa dihabiskan di rumah kawan dan juga jiran yang seorang ini.

Tadi kami pergi menghadiri dua kenduri yang diadakan di rumah sahaja.  Pukul 10 lebih saja dah mengahala ke Kampung Baru.  Lepas tu singgah pula makan kenduri di Sungai Pencala.  Malam ini pulak ada satu majlis perkahwinan di Dewan Felda.

Sejak tahun lepas, kami hanya memberi sumbangan dalam bentuk wang tunai sahaja.  Jumlahnya bergantung di mana kenduri itu diadakan.  Nak beri banyak pun kita tak mampu juga, terutamanya jika kenduri bertembung seperti ini.

5 comments:

  1. Salam perkenalan juga.
    Rezeki orang kan!

    ReplyDelete
  2. Aslmkm.
    :) Wang boleh dicari.

    ReplyDelete
  3. Aslmkm.
    Apa yg diberi dgn ikhlas, insya Allah berkat. Rezeki jua hak mutlak & pemberian Allah SWT.

    ReplyDelete